KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, Yayasan Sime Darby (YSD) melancarkan YSD THRIVE iaitu sebuah program pembangunan yang menawarkan latihan kemahiran insaniah kepada pemegang biasasiswa YSD Excellence.

Antara latihan mahupun kursus yang ditawarkan adalah Sains Data, Kewangan dan Perakaunan, IT, Kepimpinan dan Pengurusan, Pengurusan Projek, Produktiviti Pejabat dan Pembangunan Peribadi.

Manakala bagi sesi latihan pula, akan disampaikan oleh pakar-pakar dan pengamal industri terkemuka di dunia secara pembelajaran dalam talian.  

Menurut kenyataan media, YSD THRIVE membawa maksud tersendiri iaitu (T) ialah tailored soft skills training; (H) high potential mentorship atau program mentoring berpotensi tinggi; (R) resilient leadership through sharing sessions atau kepimpinan yang berdaya tahan melalui sesi perkongsian ; (I) industrial internship at Sime Darby companies atau latihan industri di syarikat Sime Darby dan (V) volunteering opportunities atau peluang sukarelawan.

Bagi memenuhi elemen (E) dalam program ini, YSD memperkenalkan platform e-Pembelajaran yang menyediakan maklumat kursus, nota kuliah dan aktiviti pembelajaran komprehensif lain yang boleh diakses secara atas talian.

Malah, pelancaran platform e-Pembelajaran pertamanya itu, telah pun dibuat, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif YSD, Dr Yatela Zainal Abidin berkata, pelancaran e-pembelajaran merupakan pencapaian yang penting bagi yayasan itu, kerana ia menggunakan kemajuan teknologi dalam menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti tinggi kepada pemegang biasiswa.

“Ini menunjukkan bahawaYSD THRIVE menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih komprehensif dan berfaedah semasa tempoh biasiswa setiap pelajar.

"Dengan menggunakan platform e-pembelajaran pada kadar masing-masing dan melengkapkan aktiviti lain dalam YSD THRIVE, para siswa akan dapat meningkatkan keyakinan mereka dan mempersiapkan diri untuk mengharungi cabaran dunia nyata.

“Ia  juga akan memastikan bahawa tahap kompetensi mereka dapat memenuhi syarat pengambilan pekerja di syarikat-syarikat Sime Darby dan kemahiran mereka relevan dengan keperluan industri praktikal," katanya lagi.

Dalam usaha YSD menyediakan bantuan pendidikan secara inklusif dengan tumpuan kepada golongan kurang bernasib baik, pemegang bursari YSD yang dipilih setiap tahun juga diberikan akses platform tersebut selama 12 bulan.

Dengan memanfaatkan sepenuhnya platform e-pembelajaran tersebut, mereka akan dapat memperbaiki kelayakan dan meningkatkan kebolehkerjaan mereka dengan kursus-kursus dan sijil-sijil kemahiran teknikal dan insaniah.

Terdahulu, sejak penubuhan YSD, yayasan itu telah menganugerahkan biasiswa dan bursari bernilai RM301.5 juta kepada pelajar di dalam dan luar negara, yang majoritinya berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Program-program biasiswa dan bursari YSD dianugerahkan kepada anak-anak muda yang berbakat dan cemerlang serta pelajar yang berkelainan upaya, kedudukan sosioekonomi dan kecenderungan akademik.

Artikel menarik

Coretan ‘budak kampung’ buat ramai sebak. Tak sangka ini dilalui beliau sebelum menjadi menteri

Formula asas dalam penghafalan subjek Sejarah, Cikgu Fir kongsi rahsia yang ramai tidak tahu