KPM tambah baik flat kediaman jadi pusat pelajar tingkatan enam
Labuan - Kementerian Pendidikan (KPM) merancang untuk menambah baik sebuah flat kediaman bagi dijadikan pusat untuk pelajar tingkatan enam dengan kos anggaran RM15 juta.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau turut menyarankan supaya dapat dilaksanakan Mod 1 untuk pelajar tingkatan enam.
“Insya-Allah tahun hadapan pelajar akan menjalankan sesi pembelajaran secara berasingan dengan kelas yang lain,” katanya dalam kenyataan yang disampaikan melalui Telegram.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke Pulau Labuan bagi meninjau infra sekolah.
Sejumlah RM3.7 juta diperuntukkan bagi Projek Pembangunan Khas untuk penyelenggaraan sekolah di Labuan.
Selain itu, kata beliau, KPM turut memberi perhatian kepada aspek penyelenggaraan di Kolej Matrikulasi Labuan.
KPM tambah baik flat kediaman jadi pusat pelajar tingkatan enam
|

Mahdzir (tengah) bersama warga pendidik selepas menghadiri Majlis Titian Kasih bersama guru Sekolah Labuan di Kolej Matrikulasi Labuan hari ini.
www.gpsbestari.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang
diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
ARTIKEL BERKAITAN