SERAMAI 78 guru dan lebih 700 pelajar termasuk ibu bapa Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Zainal Abidin  hadir pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Norlan United & Carriage bersama Persekutuan Taekwon-Do Terengganu (ITF) dan sekolah itu baru-baru ini.

Guru Pendidikan Seni Visual, Harliza Nordin, berkata Syarikat Norlan United telah bersetuju menaja yuran latihan bulanan ahli yang terdiri daripada pelajar seolah itu dan anak-anak komuniti berhampiran selama tiga tahun.

"Sekolah kami yang dikenal dengan singkatan STEMZA merupakan sekolah pertama di Terengganu yang mendapat tajaan seumpama itu.

"Kerjasama ini bertujuan mencungkil bakat muda untuk disenaraikan dalam pasukan elit Terengganu," katanya.

Pasukan Taekwondo STEMZA membuat demonstrasi ketika Majlis Menandatangani MoU antara Norlan United & Carriage bersama ITF dan STEMZA.

Perjanjian itu mebabitkan Presiden Persekutuan ITF, Najmi Abdullah; Pengerusi Norlan United & Carriage Sdn Bhd, Tan Sri Abdullah Taib dan Pengetua STEMZA, Mohd Nor Ali.

Sementara itu, Timbalan Persekutuan Taek-Wondo Terengganu yang juga tenaga pengajar Persatuan Taekwando STEMZA, Nasree Nazmi berkata, selain mencungkil bakat muda kerjasama itu membolehkan pelajar mengisi masa lapang dengan bergiat aktiviti dalam sukan itu.

"Pasukan elit yang akan dibentuk bermaksud kita akan buat ‘talent conversion’ dan serap atlet ke skuad pelapis mahupun Sukan Malaysia (SUKMA).

"Dengan cara ini atlet akan ada hala tuju selain kita dapat bantu pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk menyalurkan atlet ke sukan 'combat' khususnya," katanya.

Artikel lain:

Sempena cuti Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh buat ini manfaat masa

PM umum Perintah Kawalan Pergerakan tapi cikgu ini pula yang pening

Cikgu kena tahu 10 pantang larang ini bila pindah sekolah baru

'10 topik Sains wajib ulang kaji ketika ini' - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Pengetua SMKA Naim Lilbanat kongsi tip lonjak keputusan SPM 2019 - Boleh jadi panduan sekolah lain