BERIKUTAN negara sedang dilanda jerebu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menambah baik prosedur operasi standard penutupan sekolah.

Antaranya adalah:

  1. Pengumuman penutupan sekolah-sekolah akan disiarkan pada setiap hari selewat-lewatnya jam 6.
  2. Pengetua dan guru besar boleh umumkan penutupan sekolah sekiranya pada pandangan beliau keadaan jerebu makin teruk berdasarkan trend bacaan IPU.
  3. Bagi sekolah diumumkan tutup dan murid telah berada di sekolah, murid masih boleh berada di sekolah dan PdP berjalan seperti biasa sehingga tamat waktu persekolahan tersebut kecuali ada permintaan waris untuk bawa pulang murid.
  4. Guru-guru juga diberi pilihan untuk bekerja dari rumah sekiranya sekolah terlibat dengan pengumuman penutupan. Pengetua dan guru besar hendaklah memastikan perkara ini dibuat mengambilkira kebajikan semua.
  5. Semua sekolah di Selangor, Pulau Pinang, WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur termasuk tadika ditutup selama dua hari bermula hari ini dan esok (20 September 2019).
  6. Semua sekolah yang terlibat tidak perlu diganti kerana diketegorikan sebagai cuti bencana.
  7. Murid dan guru diingatkan untuk sentiasa utamakan kesihatan, minum air secukupnya dan kurangkan aktiviti di luar.
  8. Para pentadbir sekolah juga haruslah mengikut SOP sedia ada pada setiap masa.

Baca:

Murid tak datang duduk UPSR, cikgu ini nekad cari di rumah dan apa yang terjadi mengejutkan ramai

Projek baik pulih sekolah daif di Sarawak bermula sejak 5 Ogos

Sekolah di lapan daerah di Sarawak ditutup

Sarawak tunggu dana Persekutuan bagi latih 3,000 guru ajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris

'Rezeki dapat pindah' - Guru dari Sarawak kongsi berita gembira mengenai EGtukar