HARI ini mari kita ulangkaji topik Pemeliharaan dan Pemuliharaan untuk subjek Sains Tahun Enam pula ya! Jom menjawab dengan tenang.

Ibu bapa juga boleh pantau anak-anak ulangkaji topik ini.

Mari kita jawab soalan daripada Guru Sains SK Jengka Pusat 2, Pahang, Cikgu Mohamad Safuan Rozak ini.

Hanya mengambil masa beberapa minit dan boleh semak segera jawapan.

Buat latihan sehingga mendapat markah 100 peratus ya!

Klik di sini: JAWAB SEKARANG

 

Nota ringkas (sumber Internet).

(A) Kepupusan Haiwan

Maksud pupus: lenyapnya atau sudah tiada lagi spesies haiwan itu di bumi ini.

Contoh haiwan yang sudah pupus:

  1. T-Rex
  2. Burung Dodo
  3. Quagga
  4. Mamot
  5.  Harimau bertaring lengkung
  6. Serigala Tasmania
  7. Harimau dahan Taiwan
  8. Ikan lumba-lumba Sungai Cina
  9. Singa laut Jepun
  10. Harimau Jawa

(B) Diancam Kepupusan

Maksud diancam kepupusan: Bilangan spesies hidupan tersebut semakin berkurang dari tahun ke tahun.

Contoh jenis tumbuhan yang diancam kepupusan:

  • Anggerik Merpati
  • Periuk Kera
  • Rafflesia
  • Orkid Selipar
  • Kacip Fatimah
  • Tongkat Ali
  • Cengal
  • Keruing
  • MerantiPokok Bakau

Contoh jenis haiwan yang diancam kepupusan:

  • Badak Sumbu
  • Tapir
  • Gajah
  • Harimau
  • Panda

 

Boleh juga subscribe di https://www.youtube.com/c/CIKGUSAFUAN

Tip lain:

Ingat dan hafal sembilan haiwan pupus bagi subjek Sains - Penting untuk calon UPSR hadam

Teknik Plat Kenderaan Cikgu bantu murid kenal nombor dalam Bahasa Arab

'Hafal pecahan popular ini' - Pesanan penting cikgu Matematik untuk calon UPSR

Teknik Cabang bantu murid lemah, sederhana dan cemerlang bina karangan panjang, seragam