“Rahsia kejayaan saya adalah, waktu pagi saya akan solat tahajud dan kiamullail. Di sekolah, saya akan memberikan tumpuan penuh ketika pembelajaran di dalam kelas.

“Walaupun saya ini adalah pelajar kurang upaya, cacat penglihatan sejak lahir, namun layanan yang diberikan oleh guru kepada saya sama sahaja dengan pelajar lain.

“Saya pun tidak menjadikan kekurangan saya ini sebagai halangan untuk berjaya. Ia bukanlah beban tetapi anugerah daripada Allah SWT,”Kamarul Afizi Mohd Yusoff, pelajar terbaik SPM Kategori Kurang Upaya Penglihatan (buta) 9A, Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisammudin, Klang.

Demikian penjelasan Kamarul Afizi, anak keempat dari empat adik beradik, yang dilahirkan kurang upaya penglihatan sejak lahir. Ayahnya bekerja sebagai kontraktor di Telekom Malaysia, sementara ibunya seorang suri rumah. Namun kegigihannya untuk berjaya, telah membuktikan kekurangan itu bukan lagi halangan.

“Saya tanamkan impian untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Syariah di UNISZA Terengganu,”jelas Kamarul yang bercita-cita untuk menjadi seorang mutawif haji dan umrah.

Di sebalik kejayaan seorang pelajar itu, pasti ada individu penting yang menjadi tulang belakangnya, iaitu GURU.

Keyakinan yang tinggi bahawa kekurangan seseorang itu bukanlah penyebab sesuatu kegagalan, Cikgu Mohd Fadzil Md Samangon, Guru Subjek Ekonomi sedari awal sudah menaruh harapan yang tinggi Kamarul Afizi akan memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM.

Jelas guru asal Kapar Klang, yang mempunyai pengalaman mengajar selama 21 tahun itu lagi, Kamarul sudah dianggap seperti rakan, namun pelajar itu tetap pandai menjaga batasnya sebagai seorang pelajar.

“Kamarul seorang pelajar yang istimewa, mudah dibawa berbincang dan bersembang. Setiap butir bicara yang keluar dari mulutnya juga bagaikan emas.. dan dia saya anggap sama dengan pelajar lain. Tiada apa yang kurangpun…

“Dari awal sudah saya jangka, Kamarul mampu lakukan walaupun dia istiemewa. Di dalam kelas dia seorang pelajar yang aktif, samada untuk menjawab soalan atau buat lawak di dalam kelas,”katanya.

Kata Mohd Fadzil, pelajar cemerlang 9A SPM itu merupakan pengawas di sekolah. Seorang yang aktif dan sentiasa mengikuti apa sahaja aktiviti yang dijalankan di sekolah.

“Beliau pelajar yang rajin dan bijak. Jika diikutkan beliau layak untuk masuk kelas STEM, tapi beliau nak juga masuk kelas Korikulum Bersepadu DINI.

“Dalam kelas dialah yang menjadi mentor dan tempat rujukan pelajar lain. Selalunya dia jugalah yang akan menjadi tumpuan pelajar ketika belajar,”katanya.

Tambahnya lagi, beliau berasa bangga pernah menjadi salah seorang guru kepada cemerlang tersebut. Katanya, Kamarul adalah antara pelajar yang berjaya menaikkan GPS sekolah, khususnya dalam Subjek Ekonomi.

“Dia bukan sahaja di senangi oleh semua pelajar, bahkan juga para guru dan pengetua. Atas segala usahanya selama ini memang selayaknya Kamarul memperoleh anugerah tersebut,”katanya.

Tidak membezakan Kamarul dengan pelajar lain, Cikgu Fadzil menekankan belajar secara berkumpulan, serta sering membuat ulangkaji dan latihan.

“Sekolah telah tetapkan kelas tambahan setiap hari Isnin dan Selasa dari jam 3.00  hingga 4.30 petang. Saya juga kerap memberi pelajar teknik menjawab soalan SPM dan juga soalan-soalan SPM tahun sebelumnya. Bermula dari tingkatan empat hinggalah tingkatan lima,”katanya.

Sementara itu, Kamarul Afizi menjelaskan, Cikgu Fadzil seorang guru yang mudah didekati, mudah senyum dan mesra dengan semua pelajar.

Selain pembelajarannya juga mudah untuk difahami, kerana sering mengkaitkan ilmu dengan isu-isu semasa
 

Artikel lain:

Sempena cuti Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh buat ini manfaat masa

Cikgu Samuel ketengahkan kemenjadian murid orang asli ke peringkat antarabangsa

'Hanya air mata mengalir...' - Cikgu Hailmi kongsi liku hidup hingga terpilih 50 Utama Guru Global


PM umum Perintah Kawalan Pergerakan tapi cikgu ini pula yang pening

Cikgu kena tahu 10 pantang larang ini bila pindah sekolah baru

'10 topik Sains wajib ulang kaji ketika ini' - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Pengetua SMKA Naim Lilbanat kongsi tip lonjak keputusan SPM 2019 - Boleh jadi panduan sekolah lain