Bestari Karangkraf telah melancarkan satu promosi kesedaran untuk menggalakkan anak-anak membuat latih tubi iaitu dengan cara penjualan buku latih tubi dengan harga yang sangat murah.

Ibu bapa hanya perlu membuat tempahan buku latih tubi di https://www.karangkrafmall.com/jualan-runtuh-pkpb dan buku akan dihantar terus ke rumah.

Promosi yang diberi nama Jualan Harga Runtuh PKPB ini merangkumi buku-buku prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah rendah agama.

Terdapat lebih 30 pakej buku murah dengan diskaun sehingga 37% disediakan oleh pihak Bestari Karangkraf khusus buat semua murid-murid yang masih menantikan bilakah akan bermulanya sesi persekolahan.

Adanya promosi kesedaran sebegini, di harapkan anak-anak dapat membuat latih tubi bermula daripada sekarang, bukan sahaja untuk calon peperiksaan, tetapi khusus untuk semua murid.

Dengan latih tubi ini, minda dan pemikiran murid akan terus bercambah dan mereka 100 peratus bersedia untuk menempuh pembukaan persekolahan nanti.