TOKYO - Sekurang-kurangnya 20 orang cedera dengan beberapa mangsa kritikal, selepas seorang lelaki mengamuk di sebuah taman di pinggir Tokyo pada pagi semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Jabatan bomba tempatan dimaklumkan mengenai insiden itu  pada 7.45 pagi waktu tempatan, kejadian berlaku di sebuah taman di kawasan kediaman berhampiran Stesen Noborito di Kawasaki City.

Laporan terkini media tempatan mengatakan kira-kira 20 orang cedera akibat ditikam dalam serangan itu, 16 daripadanya terdiri murid sekolah rendah.

Suspek, dipercayai dalam lingkungan umur 40-an atau 50-an telah ditahan.

Menurut polis, suspek turut mencederakan diri sendiri menyebabkannya mengalami kecederaan serius pada bahu dan leher.

Polis turut menemui dua bilah pisau di lokasi kejadian. - Bernama    

Artikel menarik:

Guru di New Zealand lancar mogok, tuntut kerajaan tangani krisis pendidikan

Orang luar seronok naik bot, tapi kami di sini sengsara' - Ini luahan Orang Asli

Mohon EGtukar tapi tak pernah lulus - Akhirnya guru ini buat 'sesuatu' dan keputusannya mengejutkan

'Pelaksanaan program akademik, kelas tambahan atas permintaan guru dan murid' - Majlis Guru Besar