PUNJAB - Pejabat Pendidikan daerah Punjab, India dilaporkan menyiasat kes sebuah sekolah swasta yang mengecop lengan seorang pelajarnya yang tidak membayar yuran.

Menurut keluarga pelajar lelaki berusia 13 tahun itu, anaknya enggan pergi ke sekolah gara-gara insiden tersebut.

Pengetua sekolah swasta di bandar Ludhiana itu mengakui insiden tersebut namun mendakwa lengan pelajar terbabit dicop kerana terlupa membawa buku nota.

Dalam pada itu, pihak sekolah berkata, keluarga pelajar terbabit telah dua bulan tidak membayar yuran dan tidak mempedulikan notis menuntut bayaran.

“Ini cara yang tidak betul untuk meminta bayaran yuran,” kata ayah pelajar itu yang merupakan seorang pemandu tuk-tuk. 

Dia yang mendakwa telah meminta sedikit masa bagi menjelaskan yuran sekolah anaknya berkata, seluruh keluarganya berasa dimalukan akibat insiden itu.

Pegawai pendidikan daerah Punjab, Swarnjeet Kaur berkata, tindakan sekolah terbabit adalah salah dan pihaknya akan mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab. - Agensi

Artikel berkaitan:

Tiba-tiba muncul pada jam 4.20 pagi - Inilah 'keretapi hantu' yang bawa pelajar pergi sekolah

Calon SPM Sekolah Menengah Sains Jeli maut, rakan parah kemalangan

'Rezeki dapat pindah' - Guru dari Sarawak kongsi berita gembira mengenai EGtukar

Meriahnya raya Sekolah Kebangsaan Tambang, Batu Anam, Johor

Cikgu Idi di sebalik alunan muzik angklung irising lagu 'Guru Malaysia' - Alangkah merdunya