“Sudah lama saya bercadang nak tanam pokok padi di sekolah. Sebelum ni saya hanya bawa tangkai padi untuk ditunjukkan pada anak murid semasa mengajar subjek sejarah…”jelas guru Bahasa Melayu dan Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam, Seberang Perai Pulau Pinang, Cikgu Intan Syafinaz Ahmad.

Usahanya menanam dan membawa empat perdu pokok padi ke sekolah telah menarik perhatian ramai. Rata-rata mengkagumi usaha guru ini membantu untuk pdpc pokok padi kepada pelajar.

Perkongsiannya di facebook

“Hari-hari makan nasi tapi ada anak murid kita tak pernah tengok pokok padi secara dekat... semalam bawa empat perdu pokok padi dari bendang suami tanam dekat sekolah. Lepas ini jangan tanya lagi cikgu macam mana rupa pokok beras ya…”

Jelas guru ini, murid rasa teruja, sebelum ini mereka hanya tengok dari jauh tanpa sentuh. Sekarang mereka boleh sentuh sendiri bagaimana rupanya pokok padi.

Artikel Menarik:

Berkat kegigihan tiga guru ini, pasukan bola dari sekolah di tengah belantara muncul juara MSSD

"Berehatlah muridku..."- Catatan hati guru arwah Mejar Zahir ini buat ramai sebak

Ramai meremang dengar suara merdu dua cikgu cantik dari Kuala Pilah ini

'Cantiknya' - Enam pelajar ini terkejut dapat pujian daripada Raja Permaisuri Agong

Cikgu K A Razhiyah terima Anugerah Puteri Maha Chakri 2019