KUANTAN - Lima cedera, dua daripadanya parah selepas bas rombongan yang membawa 38 guru melanggar besi penghadang jalan akibat masalah brek semasa menuruni bukit di Km42.6 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di Bentong, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata nahas jalan raya pada 11.50 malam itu melibatkan guru Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor yang dalam perjalanan ke Kelantan.

"Kejadian difahamkan berlaku selepas pemandu bas berusia 31 tahun cuba mengelak ke kiri jalan selepas mendapati brek bas itu gagal berfungsi.

"Bas itu juga melanggar sisi kiri sebuah treler yang berada kira-kira 100 meter di depannya sebelum dapat dihentikan," katanya semasa dihubungi hari ini.

Kamarulzaman berkata dua penumpang yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh manakala tiga yang cedera ringan dihantar ke Hospital Bentong. - Bernama

Tip Penting:

'Hafal pecahan popular ini' - Pesanan penting cikgu Matematik untuk calon UPSR

Teknik Cabang bantu murid lemah, sederhana dan cemerlang bina karangan panjang, seragam

Guru Cemerlang Tahfiz kongsi kaedah DTHT untuk hafaz al-Quran dengan mudah

Teknik Putaran Waktu bantu murid memahami kepentingan ‘masa’ - Ustaz Quszaini