1. Kos tersembunyi

Bermula Kontrak Perkhidmatan 1Bestarinet Fasa 2 sehingga kini, pihak YTL Communication (YTLC) tidak pernah membayar caj elektrik struktur menara telekomunikasi yang dipasang oleh YTLC di sekolah dan premis Kerajaan. Anggaran caj elektrik yang melibatkan 2,715 tapak adalah berjumlah RM41,881,384.98 dan terpaksa ditanggung oleh kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara telah membuat teguran berkaitan caj elektrik supaya kos tersebut ditanggung oleh YTLC kerana menara telekomunikasi yang dipasang adalah juga bagi tujuan komersial selain untuk kegunaan sekolah.

2. Kerajaan berpotensi untuk kehilangan pendapatan penyewaan komersial menara telekomunikasi

Sepanjang tempoh enam bulan tawaran interim oleh YTLC, kerajaan berpotensi untuk kehilangan pendapatan penyewaan komersial struktur menara telekomunikasi sebanyak RM32,580,000.

3. Kelemahan yang dihadapi dalam pelaksanaan Projek 1BestariNet Fasa 2 akan berulang

Selepas Kontrak Perkhidmatan 1BestariNet Fasa 1, YTLC telah diberi tempoh interim dengan tujuh kali lanjutan dalam tempoh dua tahun.

Akhirnya Kontrak Perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 juga telah diserahkan kepada YTLC.

Pihak KPM tidak mahu kelemahan yang ada dalam kontrak lama berulang bagi memastikan guru dan pelajar mendapat manfaat yang optimum.

4. Tidak dapat meneroka teknologi terkini dan bersesuaian untuk KPM

KPM tidak berpeluang untuk mencuba teknologi alternatif yang mungkin lebih baik kepada para pelajar dan guru serta menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

5. Dapatan hasil kajian impak dan hala tuju pendidikan digital negara

Hasil kajian yang dijalankan ke atas guru, pelajar dan pentadbir mendapati kualiti capaian internet yang dibekalkan tidak memuaskan dan tidak dapat memberikan pekhidmatan yang terbaik kepada pihak kerajaan.

Sebagai alternatif, KPM mengesyorkan penggunaan pelantar pembelajaran Google Classroom

a) KPM telah mengenal pasti Google Classroom (GC) sebagai alternatif bagi menggantikan perkhidmatan Frog VLE di bawah projek 1BestariNet.

b) GC diberi secara PERCUMA kepada semua institusi pendidikan (sekolah, negeri dan kementerian) di seluruh dunia.

Perbandingan kos penggunaan Frog VLE dan Google Classroom

Sembilan komponen kejayaan pembelajaran atas talian

KPM berhasrat untuk memastikan pebelajaran abad ke-21 benar-benar menjadi kenyataan untuk setiap warga pendidikan.

Sememangnya antara ciri pembelajaran abad ke-21 adalah pembelajaran atas talian yang perlu disediakan persekitaran yang menyokong keperluan pendidik, pelajar dan pentadbir.

Komponen yang menyumbang kepada kejayaan pembelajaran atas talian dikenalpasti seperti berikut:

1. Capaian internet pada kadar yang sesuai dengan aktiviti pembelajaran

Penyediaan capaian internet adalah secara berfasa dengan dimulai menyediakan capaian yang mencukupi bagi membolehkan guru membawa teknologi dan bahan ke dalam kelas semasa sesi PdP (4 Mbps untuk setiap guru sehingga 2022).

Fasa yang seterusnya akan menyediakan capaian internet yang mencukupi uuntuk setiap pelajar melakukan pembelajaran secara kendiri semasa sesi PdP (1 Mbps untuk setiap pelajar sehingga 2025).

KPM juga sedang merancang bagaimana keperluan jalur lebar yang semakin bertambah ini boleh disediakan secara terancang tanpa memerlukan kos tinggi dengan mengkaji kaedah yang digunakan oleh negara yang telah berjaya melaksanakan pendidikan atas talian.

2. Pelantar pebelajaran online yang dimiliki oleh kementerian membolehkan kementerian suai padan aplikasi pembelajaran yang sesuai dengan kurikulum.

Ini akan mengelak kementerian daripada terperangkap dengan model perniagaan penyedia pelantar.

3. Pembangunan sendiri dan perolehan bahan yang menerapkan teknologi terkini seperti Augmented Reality dan Virtual Reality.

4.  Penyediaan peralatan yang mencukupi untuk kegunaan guru dan murid semasa di sekolah.

KPM akan mengusahakan untuk setiap sekolah mempunyai sekurang-kurangnya dua buah bilik darjah pintar menjelang 2022.

5. Latihan guru untuk menyokong pembangunan bahan dan penggunaan bahan semasa PdP.

Kementerian akan menggunakan kepakaran universiti tempatan bagi tujuan ini.

6. Latihan pentadbir sekolah bagi memastikan pentadbir berupaya membuat dan menjalankan perancangan penggunaan pembelajaran atas talian untuk PdP yang sesuai dengan kesediaan warga sekolah mereka.

7. Penyelenggaraan peralatan yang efektif melalui kaedah perolehan yang memastikan penyelenggaraan dilakukan beserta dengan perjanjian tahap perkhidmatan yang berpatutan.

8. Memperkasakan komuniti dalam kejayaan pembelajaran atas talian.

KPM percaya penglibatan komuniti dalam pendidikan adalah sangat kritikal dalam pembangunan pelajar.

Komuniti terdiri daripada setiap pihak yang boleh menyumbang kepada kemenjadian murid seperti wakil rakyat, pegawai daerah, universiti, penghulu, serta industri yang berkaitan.

Sumber: Sidang Media Khas Perkhidmatan Talian Internet ke Sekolah yang berlangsung jam 12 tengah hari tadi

Baca:

Terperangkap dalam hujan lebat, Baverly sanggup gendong pelajar Pendidikan Khas redah air

'Betis saya sakit seperti kena cucuk' - Calon UPSR mangsa pencemaran Sg Kim Kim kini derita Myokimia

'Tak sangka saya berada di Karangkraf' - Murid ini seronok dapat lihat proses penerbitan

'Myokimia berlaku akibat tekanan otot' - Profesor Hamidon Basri

Warga SMK Bukit Merchu teruja lawat Karangkraf