APA juga alasan anda untuk memulakan mendaki, sama ada utk turun berat badan, kesihatan, saje ikut-ikut kawan, mengambil foto alam atau sahaja menikmati alam ciptaan Allah, yang tersangat penting ialah persiapan mental, fizikal dan peralatan sebelum kita memulakan aktiviti mendaki.

Di sini sedikit panduan mengenai persiapan untuk anda yang mahu memulakan aktiviti Mendaki.

1) Pilih kawan-kawan yg pernah mendaki dan ada pengalaman

Adalah baik jika anda dapat mendaki dengan kawan yang berpengalaman, kerana ini dapat mengurangkan risiko hilang atau kemalangan.

2) Pilih dimana anda akan mendaki

Jika pendakian anda adalah yg pertama, PASTIKAN yang bukit/gunung yang akan didaki itu bersesuaian dengan tahap kecergasan anda.

Mendaki bukit/gunung yang di luar kemampuan kecergasan boleh menyebabkan kecederaan pada diri anda.

Antara bukit/gunung yang boleh di cuba untuk pertama kalinya sekitar KL - Bukit Saga, Bukit Gasing, Bukit Broga, Bukit Tabur  dan Negeri Sembilan - Gunung Angsi, Gunung Datok.

3) Pilih kumpulan/ketua yang berpengalaman/kemahiran

Adalah penting untuk anda mengikut aktiviti mendaki dengan kumpulan atau ketua yang berpengalaman dan berkemahiran supaya mereka dapat membimbing dan membantu anda semasa pendakian.

Sebaiknya mendapatkan perkhidmatan 'guide' yang berdaftar dan bertauliah.

Ini untuk memastikan perjalanan anda diuruskan dengan baik dan segala keperluan permit dan laporan polis dilakukan sebelum pendakian anda.

4) Sediakan peralatan peribadi

Mendaki dengan tangan kosong akan menyusahkan diri sendiri begitu juga jika tidak mengunakan pakaian dan kasut yang sesuai.

Malah ada juga yang mendaki tidak membawa air minum atau membawa air sedikit sahaja.

Antara alasan yang sering didengar ialah beg berat, tak biasa membawa beg.

Apa-apa pun anda mesti membawa barang peribadi supaya pendakian anda selesa dan selamat.

5) Meninggalkan pesanan kepada keluarga/kawan

Tinggakan jadual perjalanan anda kepada keluarga atau kawan-kawan sebelum anda pergi mendaki, dan bagilah masa tenang sebelum sebarang usaha mencari anda dilakukan jika anda tidak sampai dirumah.

PERINGATAN: SEBARANG USAHA MENCARI DAN MENYELAMAT AKAN MELIBATKAN BANYAK PIHAK JUGA KOS UNTUK MENCARI.

JANGAN MEMBUAT PANGGILAN KECEMASAN JIKA PERKARA YANG BERLAKU BUKAN KECEMASAN YANG SEBENARNYA.

MENGAMALKAN SIKAP HORMAT ALAM DAN HARGAI ALAM SEMULAJADI

Aanda diwajibkan mengalakan sikap 3R , RECYCLE, REUSE & REDUCE. “ Bring out what you bring in” “take nothing but pictures, leaves nothing but footprint and waste nothing but your time.

Selamat mendaki kepada yg baru nak mencuba.

 

 

Senarai Peralatan Peribadi:

1) Beg Galas

Saiz dari 35L – 50L pertanyaan yg sering saya terima ialah mcm ner nak tau saiz beg tu? Untuk yg baru nak mendaki, beg galas yg dibawa budak2 sekolah ialah dlm 35L. Dan jika beg yg anda beli itu berjenama, kapasiti beg itu ada di tulis pada penutup atau badan beg itu.

2) Kasut mendaki

Lebih baik jika anda menguna kasut mendaki. Tetapi jika ini kalau pertama anda mendaki  dan tak tahu sama ada mendaki ini akan menjadi hobi anda,adalah memadai anda mengunakan kasut sukan.

Bagaimanapun mengunakan kasut sukan ada kekurangannya, antaranya tapaknya tidak sesuai untuk di gunakan di trek tanah yg basah dan licin. Saya sarankan anda utk mencari Adidas Kampong/kasut getah yg harga tak sampai RM10.

JANGAN GUNAKAN SANDAL UTK MENDAKI KERANA IA TIDAK AKAN MELINDUNGI KAKI ANDA.

3) Ground sheet

Pelapik untuk duduk, baring/tido

4) Hammock

Sekarang menjadi trend membawa hammock untuk rehat di puncak atau di basecamp

5) Stokin

Penting jika mendaki, ia untuk mengelakkan kaki melecet.

6) Pakaian mendaki

Baju: gunakan kemeja T yg diperbuat dari bahan sintentik seperti quick dry. Tak kira lah jika anda mahu mengunakan lengan pendek atau panjang, lagi satu, pakai pakaian yg cerah/terang. 

Seluar mendaki: seperti pakaian sekarang ni seluar panjang yang diperbuat dari bahan sintentik banyak di jual.

ELAKAN GUNA JEANS ketika mendaki. (sediakan pakaian untul balik dan ditinggalkan di kenderaan anda)

7) Baju ujan/Wind Breaker

Baju hujan ni adalah utk mengelakan anda kuyup semasa mendaki, terutama ketika anda hendak sampai puncak bukit/gunung, anda akan rasa sejuk disebabkan hujan dan angin.

JANGAN MEMAKAI JACKET KETIKA MENDAKI, sebab anda akan berpeluh berlebihan dan mengakibatkan Dihidrasi.

8) Lampu suloh

Walaupun pendakian anda dilakukan pada siang hari(day hike), tidak salah utk menyediakan lampu suloh sebab takut pendakian ini akan lewat habis dan berlarutan sehingga malam disebabkan cuaca atau kemalangan yg berlaku.

9) Ubat-ubatan peribadi

Bawa plaster, penadol, minyak angin/urut dan yg penting ubat peribadi anda seperti utk athma, pening, alahan dll.

Sebab penganjur selalunya akan hanya membawa peralatan kecemasan yang am sahaja.

Sebagai makluman kepada anda, First Aider tidak menyediakan apa2 ubat-ubat utk diberi utk mkn(oral medication)

10) Pisau lipat

Adalah cukup sekadar membawa pisau lipat utk kegunaan am dan kecemasan.

BUKAN UTK MENCEDERAKAN POKOK DENGAN MENULIS NAMA ANDA DI BATANG POKOK.

11) Bekas air minum

Membawa bekas air dari rumah akan mengurangkan potensi membuang bekas air itu di bukit/gunung. Jika anda membawa botol air mineral atau isotonik, bawalah balik bekas air itu, elakan dari membakar bahan plastik tu.

PASTIKAN ANDA MEMBAWA AIR MINUM DGN CUKUP, SEKURANG2NYA 1.5L AIR BIASA DAN 500ML AIR ISOTONIK

12) Plastic sampah

Untuk membawa keluar semua sampah peribadi, jika membawa plastik sampah besar ia juga boleh digunakan sebagai baju hujan.

13) Tongkat/walking stick

Untuk membantu ketika mendaki dan masa turun cerun, ia dapat juga mengurangkan tekanan pada lutut.

14) Topi/ bandana/buff

Melindung kepala dari sengatan serangga, hujan dan panas

15) Telefon Bimbit

Penting jika perlu membuat panggilan kecemasan

16) Wisel

Untuk kegunaan kecemasan

17) Api Lighter (simpan dlm plastik dan letakkan dlm kit pertolongan cemas, magnesium stick , mancis (diwater proof kan)

18) GPS jika ada.

 19) Kamera

20) Alat pertolongan cemas Peribadi

Plaster, minyak angin, ubat peribadi ( athma, kencing manis, Darah tinggi DLL) kepada pendaki baru sediakan Knee Guard sebab lutut akan mula terasa sakit apabila menuruni ukit atau gunung.

21) Tisu gulong/toilet roll

Untuk urusan kebersihan diri dan peralatan

22) Makanan mendaki

Makanan on trek: kismis, kurma, coklat, pudding, gula-gula; makanan di puncak /rehat sebelum turun : jika pendakian pendak dan tidak lama anda tak perlu membawa makanan berat, jika ia lama dan anda akan berhenti rehat di puncak sebelum turun, anda ada dua pilihan 1: masak di bukit/gunung 2:Bawa makanan yg telah dimasak(bungkus)

 

*PERINGATAN KESELAMATAN*

Keselamatan adalah perkara yang amat penting ketika melakukan aktiviti luar. Anda memerlukan pengetahuan, pengalaman dan peralatan yang sesuai dan berfungsi untuk melakukan aktiviti perkhemahan dan pengembaraan.

Tidak ada buku/artikel yang dapat menghindarkan kemalangan berlaku atau menilai kekurangan seorang pembaca. Artikel ini ditulis sebagai maklumat dan tidak menggantikan latihan profesional yang perlu anda ikuti untuk mendapatkan pensijilan terutama mengenai CPR, Pertolongan Cemas dan Respons Kecemasan.

Jadi maklumat yang ditulis dan kemahiran yang diterangkan dalam artikel ini tidak mewakilkan keselamatan dalam satu-satu aktiviti anda.

Apabila anda melakukan aktiviti yang diterangkan dalam Artikel ini, anda bertanggungjawab ke atas keselamatan anda sendiri.

 

Penulis dan FACEBOOK tidak akan bertanggungjawab ke atas kemalangan peribadi, kesakitan , kerosakan atau kemusnahan harta benda yang timbul disebabkan penggunaan artikel ini

Penulis: Cif Pendaki Putrajaya @ Cif Saiful 9W2PCR