OTTAWA - Sejumlah 69 penumpang kebanyakan kanak-kanak cedera apabila dua buah bas sekolah terbakar selepas terlibat dalam nahas jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Saint-Eustache, Kanada pada Selasa pagi, lapor agensi berita Xinhua memetik laporan Perbadanan Penyiaran Kanada (CBC).
Nahas dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan di hadapan dua bas sekolah itu berhenti secara tiba-tiba menyebabkan berlaku rempuhan yang mencetuskan kebakaran.
Bas itu membawa lebih 50 kanak-kanak berusia tujuh dan 12 tahun dan dalam perjalanan ke kem musim panas. Nahas berlaku kira-kira 10 pagi semalam waktu tempatan.
Lokasi nahas terletak kira-kira 40 kilometer barat laut dari pusat bandar Montreal. - Bernama
Artikel Menarik:
Cemerlang setiap kali peperiksaan, guru ini gariskan tujuh panduan untuk diikuti
Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi