GUIZHOU - Seorang bapa di wilayah Guizhou, China melatih anjing peliharaan keluarga untuk mengawasi anak perempuannya ketika belajar dan membuat kerja sekolah.

Lelaki dikenal sebagai Xu itu berkata, anaknya sering tidak menumpukan perhatian ketika menyiapkan latihan pada setiap malam.

Rakaman video yang tular di media sosial China menunjukkan anjing tersebut yang telah dilatih untuk meletakkan kaki depannya di atas meja sambil mengawasi anak perempuan Xu, menjalankan tugasnya dengan serius.

“Saya telah melatihnya sejak kecil untuk mendengar arahan dan sekarang ia mengawasi anak saya ketika menyiapkan kerja sekolah,” kata Xu. - Agensi

Artikel menarik:

Cikgu cantik ini guna kaedah 'digital classroom' tarik perhatian pelajar

'Tak sangka cikgu masih tunggu aku... ALLAH' - 'Ustaz Hamadi' sebak jumpa guru Muziknya di sekolah

'Meninggal ketika laung azan kedua untuk solat Jumaat' - Cikgu ini sebak kenang Amirul Najmi

Memang wajar guru ini menang Adiwira PAK21, Cikgu Nazmi berjaya bawa segala ilmu dalam kelasnya

Guru ini menyumbang sejumlah wang gaji untuk sedia kelengkapan pelajar yang rata-rata miskin