TOKYO - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mencadangkan pendidikan berorientasi pembaharuan dilaksanakan agar para pelajar melakukan lebih banyak  kajian dan inovasi untuk manfaat semua pihak.

Menurutnya, pendidikan berorientasikan pembaharuan  memerlukan pihak tersebut sentiasa berfikir cara yang kreatif  bagi meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran di universiti.

“Ini adalah satu falsafah pendidikan yang membawa kita  mencipta idea-idea baharu yang akan memberi manfaat kepada  orang ramai.

“Dalam jangka masa panjang, saya percaya idea mengenai pendidikan yang berorientasikan  pembaharuan akan dapat menjadikan universiti dinamik dan institusi pendidikan lain bertindak sebagai agen perubahan positif dalam masyarakat dan dunia.

“Ini adalah teras visi Malaysia untuk universiti, dengan idea utama  menjadikan universiti untuk masyarakat,” katanya ketika menyampaikan syarahan perdana di Universiti Shukutoku di Chiba City di sini semalam.

Maszlee melakukan lawatan kerja selama dua hari di Tokyo  bagi meneroka kerjasama baharu  dalam bidang pendidikan yang bermula kelmarin dan berakhirhari ini.

Sementara itu, Maszlee menegaskan, Kementerian Pendidikan kini sedang berusaha untuk menghadapi cabaran yang lebih besar terutama dalam sistem pendidikan tinggi global.

“Kami memberi tumpuan dan usaha serius terhadap pelaksanaan keterangkuman kerana kami percaya pendidikan adalah untuk semua dan bukan hanya untuk golongan istimewa yang mewah serta elit tetapi juga keperluan untuk semua lapisan masyarakat," katanya.

Artikel Lain:

Mulai tahun 2020, pakej mata pelajaran baharu bagi Tingkatan Empat dan Lima diperkenal KPM

Pakej mata pelajaran tingkatan 4 tahun hadapan yang perlu guru tahu... pelajar mudah faham

'Ada yang menyorok dalam tandas kerana enggan bersukan' - Cikgu ini kongsi sikap murid-muridnya

Berlatih hanya dua minggu, tak sangka pasukan sekolah ini bolot emas semua kategori di Spain