FUKUOKA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadual berucap di sebuah program sekolah musim panas, Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun, semasa lawatan kerja dua hari beliau ke sini bermula Rabu.

Dr Mahathir dijadual berucap mengenai 'Bagaimana Sains dan Teknologi Akan Menyumbang kepada Keamanan Dunia' di sekolah itu pada Rabu. 

Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun adalah sebuah program sekolah musim panas intensif untuk pelajar sekolah tinggi agar mereka menjadi peserta aktif dalam kalangan masyarakat antarabangsa. 

Tahun ini adalah tahun ke-16 siri syarahan tahunan sekolah itu dan Dr Mahathir telah menjadi penyampai utamanya sejak ia dilancarkan pada 2003.

Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun juga akan meraikan Dr Mahathir pada satu majlis makan malam.

Dr Mahathir juga dijadualkan berucap di Institut Kepimpinan Asia Kyushu pada Khamis. - Bernama

Baca:

10 topik Sains ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains Cikgu Zazolnizam

Guru ini kongsi 10 panduan skor A subjek bahasa Melayu UPSR

Calon SPM SMK Tendong mohon sumbangan tampung kos rawatan - Patah kedua kaki, limpa kena buang

Enam tip berkesan sebelum duduki peperiksaan

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi