MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menegaskan beliau tidak akan membenarkan pelaar kembali ke sekolah sehingga vaksin Covid-19 dihasilkan.
Menerusi pengumuman yang disiarkan lewat kelmarin, Duterte menyifatkan keadaan sekarang terlalu berisiko.
“Kebenaran untuk memulakan sesi persekolahan hanya akan diberikan jika saya yakin golongan pelajar benar-benar selamat. Pada saya, vaksin adalah paling penting,” ujarnya.
Sesi persekolahan melibatkan lebih 25 juta pelajar di negara itu dijangka bermula pada akhir Ogos depan selepas ia ditutup pada Mac lalu susulan penularan wabak Covid-19.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan langkah pembelajaran jarak jauh termasuk kelas atas talian untuk sesi akan datang. - Agensi
Artikel berkaitan:
Sekolah akan dibuka, SMKA Kedah susun atur kerusi, meja dan SOP cegah Covid-19
Pulau Pinang sedia 'task force' bangunkan sistem pendidikan norma elak pelajar terjejas
Norma baharu: Pelajar perlu diberi kebebasan untuk belajar ikut kemampuan mereka
Pembelajaran maya adalah masa hadapan, PM rayu guru dalami kemahiran pengajaran atas talian
Cikgu ini bimbing murid buat 30 projek Sains sepanjang PKP secara online