Guru Bahasa Inggeris ucap terima kasih di facebook kepada wanita misteri.. jawapannya buat semua kagum
RALEIGH - Sebuah sekolah di Charlotte, Carolina Utara memuat naik ucapan terima kasih di laman Facebooknya yang ditujukan kepada seorang wanita pemurah.
Portal berita WCNC melaporkan, wanita tidak dikenali itu membayar untuk seluruh senarai bekalan peralatan mengajar yang dibeli oleh guru dari Charlotte-Mecklenburg Schools itu.
Menurut catatan Facebook berkenaan, seorang guru bahasa Inggeris berkata wanita yang tidak ingin identiti atau gambar beliau didedahkan membayar untuk bekalan peralatan
sekolahnya sementara menanti giliran di kaunter bayaran, lapor WCNC.
Bil tersebut berjumlah AS$75 (RM307).
Menurut guru bahasa Inggeris itu lagi, wanita tersebut berkata beliau setakat ingin 'menyebarkan kebaikan'.
Guru ini ucap terima kasih di facebook kepada wanita misteri, jawapannya buat ramai kagum
|

Wanita misteri terbabit mahu identitinya dirahsiakan.
www.gpsbestari.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang
diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
ARTIKEL BERKAITAN