Jika di Malaysia, kanak-kanak ini berada di tahun 1 sekolah rendah.

Bakat kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun yang petah membuat ulasan mengenai barang permainan menjadikannya bintang muda menerima bayaran tertinggi YouTube tahun ini berjumlah RM92 juta (AS$22 juta).

Majalah Forbes menganggarkan pendapatan Ryan yang popular menerusi 'Ryan ToysReview' mengatasi Jake Paul sebanyak RM2 juta (US$500,000) selama 12 bulan hingga Jun.

Saluran Dude Perfect berada di tempat ketiga, dengan pendapatan $20 juta (RM83 juta).

Ryan memuat naik video mengenai permainan hampir setiap hari dan satu daripadanya mengenai telur biru misteri yang mendapat tontotan satu juta.

Pendapatan Ryan, tidak termasuk cukai atau yuran yang dikenakan oleh ejen atau peguam, telah meningkat dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Sejak 'Ryan ToysReview' ditubuhkan ibu bapa Ryan pada Mac 2015, kesemua video Ryan ditonton hampir 26 bilion penonton serta mengumpul 17.3 juta pengikut.

Forbes berkata, iklan yang ditayangkan sebelum video serta iklan penaja merupakan antara penjana utama pendapatan jutawan muda tersebut. - BBC