SEOUL - Korea Selatan telah mengorak langkah pertama ke arah pendidikan sekolah tinggi dengan mengecualikan semua penuntut gred ketiga daripada kos keseluruhan pengajian mereka mulai semester musim luruh, menurut Kementerian Pendidikan pada Isnin, lapor agensi berita Yonhap.

Memandangkan kebanyakan sekolah tinggi di seluruh negara itu menyambung kelas pada hari itu selepas percutian musim panas yang lama, kira-kira 439,700 penuntut tahun ketiga sekolah tinggi tidak perlu membayar kos pendidikan semasa semester terakhir merea, kata kementerian tersebut sambil menambah bahawa faedah yang diperoleh setiap pelajar berjumlah 749,000 won (US$620), termasuk yuran tuisyen, yuran bantuan operasi sekolah dan yuran buku teks.

Program pendidikan percuma ini akan diperluas kepada sejumlah 880,000 penuntut tahun kedua dan ketiga tahun depan serta 1.26 juta pelajar sekolah tinggi semua gred menjelang 2021.

Bermula tahun 2021, pelajar baharu akan turut dikecualikan daripada membayar yuran kemasukan.

Ketika ini, Korea Selatan menyediakan pendidikan percuma bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.

Pada April, kerajaan Moon Jae-in dan Parti Demokratik yang memerintah bersetuju melaksanakan pendidikan percuma di sekolah tinggi pada 2021, sebagai sebahagian usaha menjamin hak rakyat bagi mendapatkan pendidikan serta membantu orang biasa mengurangkan perbelanjaan mereka untuk pendidikan.

Program pendidikan percuma akan meliputi semua jenis sekolah tinggi awam dan swasta kecuali sekolah tinggi swasta autonomi, bahasa asing dan seni.

"Pendidikan percuma akan mengurangkan perbelanjaan setiap pelajar sebanyak 1.58 juta setahun,  sekali gus membantu isi rumah tempatan meningkatkan pendapatan boleh guna mereka sebanyak 130,000 won setiap bulan.

"Ini akan memberi manfaat kepada mereka yang bekerja sendiri, peniaga kecil, pekerja perniagaan kecil dan orang biasa lain," kata seorang pegawai kementerian itu. - Bernama

TIP MENARIK:

Cikgu ini kongsi rahsia skor markah mengikut seksyen soalan bahasa Inggeris penulisan UPSR

Tip akhir menjelang UPSR, guru ini kongsi rahsia cemerlang dalam penulisan bahasa Melayu

Guru ini kongsi 10 panduan skor A subjek bahasa Melayu UPSR