Anak perempuan akan matang lebih cepat dari lelaki kata pepatah lama, kisah yang berlaku di sebuah perkampungan di wilayah Natang, Cina ini membuktikan pepatah itu benar.

Setelah beberapa tahun kematian bapa mereka akibat kanser dan ibu yang tidak bertanggungjawab melarikan diri, Xiao Ying antara yang paling besar dari tiga beradik ini menjadi ibu dan ketua keluarga kepada dua adik lelaki yang masih kecil

Tidak peduli sesukar mana pun hidup mereka, Xiao Ying tidak mahu adik lelaki mereka diambil apatah lagi untuk berpisah dengan mereka.

 

Setelah kehilangan ibu bapa, mereka bertiga tinggal bersama dengan pakciknya.

Xiao Ying menjadi murid yang bertugas untuk memberi makanan kepada murid yang lain.

Mereka akan mendapat sekeping roti dan semangkuk bubur untuk sarapan pagi.

Xiao Ying seorang kakak yang matang dan bertanggungjawab, dia akan menyimpan sedikit makanan untuk diberi kepada dua adiknya selepas pulang nanti.

 

 

Xiao Ying juga merupakan seorang murid contoh kepada murid lain di sekolah serta kepada adik lelakinya.

Selepas selesai bersekolah, Xiao Ying akan bergegas pulang ke rumah untuk membuat tugas seperti seorang ibu atau bapa, mengambil air di perigi, menyediakan makan malam, membasuh pakaian dan pelbagai kerja rumah yang lain.

Xiao Ying agak handal memasak kerana setiap hari melakukan tugasan yang sama. Dia akan menyediakan makanan sebelum dua adik lelakinya pulang dari sekolah.

Apabila selesai memasak, dia akan pergi menjemput dua adik lelakinya dari sekolah, dalam perjalanan pulang dia akan bertanya tentang pelajaran di sekolah.

 

Setelah selesai makan, membuat kerja-kerja rumah yang lain, mereka bertiga akan pergi ke rumah pakcik mereka untuk tidur.

Kehidupan mereka sangat daif kerana tiada sumber kewangan dan masih kecil, pakcik Xiao Ying selalu memujuknya untuk memberikan kedua-dua adik lelakinya kepada keluarga lain untuk dijaga, Xiao Ying akan membantah dan memberontak jika menyebut tentang perkara itu.

Xiao Ying juga tidak suka jika ditanya tentang ibu mereka tetapi jauh di dalam hati anak kecil ini dia masih rindu dan mahu ibunya kembali kepada mereka.

Pihak sekolah Xiao Ying mengadakan kutipan derma setelah mengetahui tentang kehidupan malang mereka, dia menggunakan wang kutipan derma itu dengan cermat untuk membesarkan adik beradiknya.

Harapan kami, semoga nasib Xiao Ying berubah suatu hari nanti dan semoga kita bersyukur kerana dikurniakan ibu dan bapa yang sayang dan membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna.

 

 

 

 

 

 

Sumber: KRT