WELLINGTON - Upacara pengebumian mangsa serangan di dua masjid di Christchurch disambung semula semalam.

Ia turut dihadiri ratusan individu termasuk pelajar dan penduduk bukan Islam yang memberi penghormatan terakhir terhadap Sayyad Milne, 14, dan Tariq Omar, 24.

John Milne memberitahu, anaknya maut ditembak ketika sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Noor.

Tariq Omar merupakan jurulatih pasukan bola sepak junior turut terbunuh.

"Pada hari kejadian, ibunya terselamat kerana dia sedang mencari tempat parkir ketika pengganas itu melancarkan serangan," lapor media tempatan.

Salah seorang jiran keluarga Milne menyifatkan pengebumian itu sebagai tanda perpaduan kerana ia turut dihadiri orang bukan Islam. - RTE

Ini pula kenyataan menteri mengenai bagaiman mayat Haziq ditemui https://www.gpsbestari.com/berita/selangor/menteri-ini-maklum-haziq-dikenal-pasti-melalui-dna-1.924196