KIRIROM - Impian seorang pemuda mahu melihat Kemboja menjadi negara bebas sampah, mencetuskan idea penubuhan sebuah sekolah unik.

Ouk Vanday, seorang bekas pengurus hotel telah mengasaskan 'sekolah sampah', di mana pelajarnya hanya perlu membayar yuran menggunakan sampah yang boleh dikitar semula.

Terletak di Taman Negara Kirirom di wilayah Kompong Speu, sekolah diberi nama 'Coconut School' itu mempunyai 65 pelajar terdiri daripada kanak-kanak miskin.

Selain akademik, pelajarnya dididik nilai murni selain cara memanfaatkan sampah untuk menjaga alam sekitar.

Dikenal juga sebagai 'Rubbish Man', Ouk bakal membuka sebuah lagi 'sekolah sampah' tahun hadapan bagi menampung lebih ramai pelajar.