LOS ANGELES - Sekurang-kurangnya tujuh pelajar cedera dalam insiden tembakan di sebuah sekolah berhampiran Denver, Amerika Syarikat di barat Colorado pada Selasa petang, lapor agensi berita Xinhua memetik polis tempatan.

"Tujuh atau mungkin lapan pelajar cedera. Dua penembak telah ditahan," menurut Twitter Pejabat Syerif Douglas County yang dimuat naik kira-kira dua jam selepas kejadian.

Kejadian berlaku 1.53 petang waktu tempatan.

Penolong Syerif Douglas County Holly Nicholson-Kluth berkata, pihak berkuasa percaya tiada suspek lain setakat ini, namun pemeriksaan lanjut masih dijalankan di sekitar kawasan sekolah bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

Masih tidak dapat dipastikan sama ada suspek merupakan pelajar di sekolah terbabit, katanya tanpa mendedahkan butiran lanjut mengenai identiti penyerang.

Sementara itu, jurucakap Hospital Littleton Adventist, Wendy Forbes berkata lima mangsa sedang dirawat, seorang stabil manakala empat lagi dalam keadaan serius.

Insiden berlaku di sekolah Tinggi STEM Highlands Ranch, terletak kira-kira 32 kilometer dari pusat bandar Denver. Terdapat hampir 1,850 pelajar di sekolah berkenaan. - Bernama

Artikel menarik:

Ibu, dua anak maut ketika dalam perjalanan ke sekolah dilanggar kereta penyeludup ketum

Lapan cara galakkan anak berpuasa dengan seronok tanpa paksaan

Terpaksa bersekolah sehingga tahun enam... walaupun kurang upaya tak halang Hafizal jadi DJ

Calon PT3 SMK Gunung Rapat ini teruja diserap ke program pelapis kebangsaan - Ini reaksinya

'Untuk sementara, Azeem berlatih di SMK Gunung Rapat sesuai keadaannya untuk ambil PT3'