ANKARA - Turki mula melaksanakan pembelajaran jarak jauh bermula Isnin sebagai sebahagian langkah mengekang penularan COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.

Sesi pembelajaran itu dimulakan oleh Menteri Pendidikan, Ziya Selcuk, membabitkan jutaan pelajar pada pukul 9 pagi waktu tempatan (0600GMT).

Pada 13 Mac, Turki mengumumkan semua kemudahan pendidikan bermula dari sekolah rendah sehingga ke universiti ditutup.

Pelajar boleh mengikuti pembelajaran secara dalam talian menerusi Rangkaian Maklumat Pendidikan (EBA), dengan enam saluran televisyen khas disediakan.

Bergantung kepada gred dan pelajar, pelbagai mata pelajaran termasuk Bahasa Turki, matematik, sains sosial dan fizikal, Bahasa Inggeris, biologi dan geografi, disiarkan selama 20 minit setiap satu subjek.

Pelajar juga boleh mengikuti pembelajaran pada sebelah petang menerusi laman web EBA. - Bernama

Artikel lain:

Cikgu Ida kongsi amalan untuk elak dari virus Covid-19

Cikgu Nazim kongsi cara pencegahan daripada terkena Covid-19 di rumah

'Zoom Cloud Meeting' cara Cikgu Mazliza

Cikgu Mc Nor ajar empat langkah mudah buat sendiri 'hand sanitizer' kos hanya RM22 untuk satu liter

Terbaiklah, JPN Johor sediakan pembelajaran digital, altenatif PdP musim cuti Covid-19