SAN FRANCISCO - Laman Sosial Twitter menggantung akaun Will Connolly, pelajar sekolah tinggi yang bertanggungjawab memecahkan telur di kepala seorang ahli politik rasis Australia, Fraser Anning.

Semakan di Twitter menunjukkan akaun Connolly sudahpun digantung.

Connolly bertindak memecahkan telur di kepala Anning sewaktu senator itu sedang ditemuramah oleh seorang wartawan.

Remaja terbabit bertindak demikian apabila Anning mempertahankan kenyataannya berhubung serangan pelampau kulit putih yang mengorbankan 50 orang Islam di New Zealand pada Jumaat lalu.

Tindakannya itu juga menerima sokongan meluas pengguna internet yang menganjurkan kempen mengutip derma dalam talian untuk remaja tersebut, yang kini mengutip sehingga AS$22,000 (RM90,000).

Connolly ditampar beberapa kali oleh Anning selepas memecahkan telur tersebut dan seterusnya ditangkap dan dikendalikan dengan kasar oleh penyokong senator berkenaan.

Pelajar tersebut kemudiannya ditahan polis sebelum dilepaskan tanpa sebarang tuduhan.

Beliau kini mendapat gelaran Egg Boy di media sosial yang menjulangnya sebagai seorang wira. - Agensi

Ini pula kronologi kejadian yang berlaku pada hari tersebut https://www.gpsbestari.com/berita/setelah-hempas-telur-pada-kepala-senator-botak-pelajar-sekolah-tinggi-ini-beri-nasihat-sinis-1.924003