PASIR MAS - Seramai 90 warga pendidik dan kakitangan Maahad Muhammadi Pasir Mas (MMPM) berkampung selama dua hari bagi mengikuti kursus di Institut Latihan Islam Malaysia (ITLIM) Wilayah Timur, Besut, Terengganu.

Pengetua MMPM, Tajuddin Mamat berkata, kursus itu bertujuan memperkasakan lagi pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkan bagi membolehkan perlaksanaan tugas menjadi lebih berkesan.

“Ini adalah salah satu usaha kita untuk memacu lebih banyak kejayaan dan melahirkan pelajar yang bukan sahaja berkualiti malah mempunyai akhlak terpuji.

“Ia bertepatan dengan ko-kurikulum yang telah digariskan oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK),” katanya.

Program tersebut turut dihadiri Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu, Dr Abdullah Yusoff dan menyampaikan ceramah bertajuk ‘Memacu Kecemerlangan MMPM’.

Perasmian penutup disempurnakan Timbalan Pengarah (Akademik) YIK, Che Kamaruddin Kamel Che Muhammad.

Menurutnya, guru merupakan individu yang memikul tanggungjawab berat untuk membentuk dan melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dalam akademik serta membentuk sahsiah unggul.

Tajuddin berkata, warga pendidik turut didedahkan ilmu fardu ain dan kifayah dalam menjadikan mereka sebagai suri teladan ('role model') dan ikutan terbaik warga MMPM.

Artikel lain:

'Pihak sekolah dedang berurusan dengan ibu bapa dua pelajar' - Kata Ketua Polis Terengganu

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Sejarah nama lima sekolah yang terkenal di Malaysia - Ini faktanya

Senarai 14 sekolah Pasir Gudang yang ditutup bermula hari ini hingga Khamis - 11 foto

Cara bantu anak yang lemah dalam pelajaran - Guru Matematik ini kongsi tip berkesan