MINGGU hadapan akan masuk minggu kedua sesi persekolahan baharu.

Mungkin ada anak-anak terutama tahun satu yang masih lagi dalam sesi suai kenal dan pembelajaran untuk berdikari tambahan lagi ketika membeli makanan waktu rehat di kantin sekolah.

Beratur panjang itu kebiasaan lah, sempat atau tak sempat makan itu lagi haru.

Mak-mak mungkin boleh ambil inisiatif bagi memudahkan anak-anak kita tidak kelaparan semasa sesi pembelajaran.

Mari kita hadam perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh ini yang sangat menyentuh hati dan mungkin boleh membuka mata mak ayah.

 

+++

 

Perkara yang sering kita terlepas pandang. Tolong jangan biarkan anak-anak kelaparan lagi. :'(

Hari pertama persekolahan, ramai sangat murid tak sempat makan. Bukan murid tahun satu saja tau, anak-anak tahun dua dan tiga pun ramai tak sempat makan.

Lebih malang, ada ibu bapa tak tahu anak-anak mereka kelaparan di sekolah sebab lupa bertanya atau anak pulang dah tertidur kepenatan. Lagi sedih. Tolong tanya anak ya mereka makan atau tak di sekolah.

Punca utama murid tak sempat makan sebab kantin terlampau sesak dengan ibubapa. Nak beratur bukan main lama, last-last loceng tamat rehat berdering dan murid pulang ke kelas dengan kelaparan.

Antara punca yang lain anak tak makan ialah makanan di kantin habis. Kena tapau dan makan oleh penjaga/ibu bapa yang datang menunggu anak-anak.

Pengusaha kantin buat makanan dah cukup untuk murid sebenarnya, namun bila di serbu oleh ibu bapa memang tak cukup makanan untuk murid. Hal ni kerap juga berlaku di awal-awal hari persekolahan.

Mak-mak, tolong sediakan bekal untuk anak-anak boleh tak?

Buat la bekal apa pun, yang simple pun okey. Asalkan mengenyangkan dan berkhasiat. Dan kalau boleh, buat lebih sikit dan suruh anak kongsi dengan kawan-kawan dia.

Makan berkongsi ni selera dia lain macam. Seronok sungguh!

Yang makan berselera, yang menyediakan pun rasa bahagia. Kan?

Jika terlampau sibuk, bekalkan anak dengan buah dan roti gardenia pun okey dah. Air masak jangan di lupa pula.

Ramai kawan-kawan aku mengadu anak tak makan hari ini. Kesiannya budak kecil terpaksa menahan lapar akibat kerakusan orang lain. 😓

Aku kalau tahu ada murid aku tak makan, meski pun waktu rehat dah tamat aku akan suruh murid makan dahulu. Aku bagi kebenaran khas untuk mereka makan diluar waktu rehat.

Orang yang pernah merasa peritnya menahan kelaparan takkan cuba biarkan orang lain merasa pengalaman itu. Sungguh!

Jadi mak-mak sekalian, walau hari dah malam dan tak sempat nak buat bekal apa dah, pergi kedai jap beli roti ke buah ke, muffin ke.

Bekalkan anak, minta juga mereka kongsi dengan kawan-kawan. Dah, tak payah main Fb lagi, pergi buat bekal cepat. 😁

 

#MFS

- Sedikit tapi berkongsi itu berkat. -