SUBANG JAYA - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seafield menganjurkan program “Karnival Bahagia” peringkat sekolah di sini Ahad lalu.

Sempena dengan itu, Mamee Double Decker (M) Sdn. Bhd. mengambil insiatif memberi balik kepada komuniti melalui pelbagai medium, salah satu daripadanya adalah dengan penglibatan dalam pengumpulan dana bagi yang dianjurkan oleh SMK Seafield.

Jurucakap Perhubungan Media, Jabatan Komunikasi Korporat, Nadia Jasmon berkata fokus utama syarikat bersempena ulang tahun ke-45 itu adalah menghulurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan sebagai tanda penghargaan buat mereka. Bagi Mamee, nilai keuntungan bukanlah segalanya yang boleh dibandingkan dengan nilai kebahagiaan.

"Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd membantu dalam mengumpul dana dengan menyumbang pelbagai rangkaian produk Mamee yang sinonim dengan masyarakat setempat iaitu SnekMiMamee Monster, Mister Potato, Cool Tea, Controz dan lain-lain lagi.

"Melalui usaha ini, pihak sekolah menjual kembali produk-produk berkenaan kepada para pengunjung “Karnival Bahagia” yang mana sedikit sebanyak dapat membantu mengumpul dana bagi penambahbaikan SMK Seafield, dari segi infrastruktur mahupun kualiti pendidikan," katanya.

Malahan, usaha Mamee diperhebatkan dengan menyumbang papan informasi di kawasan tapak perhimpunan dan sekitar kawasan perpustakaan bagi menarik minat para pelajar untuk hadir ke sekolah menerusi penambahbaikan persekitaran sekolah.

Tambahan, Mamee tidak melepaskan peluang menyumbang rak buku baru di perpustakaan sekolah beserta buku-buku baru, disumbangkan khas oleh rakan pintar Mamee iaitu Pelangi Publishing.


Nadia berkata lagi, buat masa sekarang, kedua-dua syarikat bergandingan untuk memastikan para pelajar lebih selesa dengan persekitaran pembelajaran mereka, pada masa yang sama dapat mendidik modal insan mereka agar dapat memainkan peranan penting demi masa depan negara.

"Selain itu, Mamee juga berbesar hati menyajikan mi segera Mamee Chef secara percuma kepada semua di trak Mamee Chef dan minuman Cool Tea berserta rangkaian produk Mamee yang mampu menceriakan KarnivalBahagia itu sendiri.

"Malah, senyuman dan gelak tawa warga SMK Seafield pasti terukir di wajah mereka dengan kemunculan khas maskot Mamee Monster dan Mister Potato," katanya.

Inisiatif di SMK Seafield boleh dikatakan peringkat permulaan di mana kami bercadang untuk masuk ke lebih banyak sekolah pada masa akan datang.

"Kami percaya bahawa memberi balik kepada komuniti adalah perkara yang tepat kerana mereka telah memberi sokongan terhadap kami sehingga kini, sempena sambutan ulang tahun ke-45 penubuhan Mamee ini.

"Generasi masa kini diharapakan menjadi pemimpin negara mahupun dunia pada satu hari nanti. Diharap dengan inisiatif ini, Mamee telah sedikit sebanyak memainkan peranan tersendiri ke arah pencapaian matlamat mereka," katanya.