Pasir Gudang - Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Azman Adnan menyeru orang ramai agar mendoakan insiden pencemaran udara yang berlaku dapat diatasi segera demi kebaikan murid.

Menurut beliau, jabatan itu akan sentiasa membuat pemantauan rapi dan membantu sekolah bagi memastikan kesejahteraan murid berada dalam keadaan terbaik.

"Marilah kita bersama mendoakan agar insiden ini akan dapat diatasi segera dan sekolah akan dapat beroperasi seperti biasa demi kebaikan murid," katanya.

Artikel berkaitan: Senarai 14 sekolah Pasir Gudang yang ditutup bermula hari ini hingga Khamis - 11 foto

Keadaan ibu bapa dan penjaga menanti status keadaan anak mereka yang dirawat di Pusat Gerakan Operasi Pemantauan di Stadium Tertutup MPPG, semalam. Dalam kejadian itu,
pelajar di lapan buah sekolah di Pasir Gudang dipercayai turut mengalami insiden muntah dan sesak nafas, awal pagi semalam. Antara sekolah-sekolah yang dipercayai terlibat ialah
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, SK Tanjung Puteri Resort, SK Pasir Putih 1, SK Pasir Gudang 2, SK Taman Pasir Putih 1, SMK Taman Megah Ria, SK Taman
Rinting 2 dan SMK Bandar Seri Alam.

Semalam, sebanyak 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup selama tiga hari bermula semalam agar kerja mengatasi punca pencemaran dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa.

Turut diarahkan tutup ialah tiga institusi pendidikan tinggi dan 14 sekolah swasta serta antarabangsa selain 347 tadika swasta yang  berdaftar dengan JPNJ.

"Semua pengetua dan guru besar dipohon untuk memaklumkan segera kepada murid, guru dan ibu bapa serta kaki tangan dan mengambil tindakan susulan berkaitan penutupan ini," katanya.

Murid SK Tanjung Puteri Resort yang mengalami sesak nafas diberi rawatan awal di Stadium Tertutup MPPG, semalam.

Beberapa murid SK Tanjung Puteri Resort yang terjejas akibat pencemaran udara dimandikan di Stadium Tertutup MPPG, semalam.

Pasukan Bomba dan Penyelamat membantu pelajar SK Tanjung Puteri Resort dan SMK Tanjung Puteri Resort mendapatkan rawatan selepas mengalami sesak nafas dan mual-mual akibat pencemaran udara di sekolah berkenaan.

Guru SK Tanjung Puteri Resort menenangkan seorang murid yang mengalami gejala sesak nafas dan mual-mual yang berlaku di sekolah tersebut, semalam. Sesi persekolahan terpaksa
ditangguhkan setelah beberapa murid mengalami simptom akibat pencemaran udara.

Ibu bapa membawa pulang anak masing-masing di SK Tanjung Puteri Resort selepas menerima berita gejala sesak nafas dan mual-mual berlaku di sekolah tersebut, semalam.

Pelajar dari SMK Tanjung Puteri yang mengalami sesak nafas diberi rawatan awal di Bilik Gerakan Operasi Pemantauan di Stadium Tertutup MPPG, semalam.

Baca:

'Pihak sekolah sedang berurusan dengan ibu bapa dua pelajar' - Kata Ketua Polis Terengganu

Guru ini kongsi 12 kelebihan masuk tingkatan enam, nombor tujuh pasti buat ramai tersenyum

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Mak ayah perlu buat ini jika mahu anak mereka skor A Matematik UPSR

Tajau usia 500 tahun perlu dimusnahkan... Ustaz Malik mahu Aki jujur bercerita dan ini yang berlaku