Kementerian Pendidikan (KPM) berharap dengan adanya inisiatif baharu ini sedikit sebanyak dapat meringankan tugas-tugas guru.

1. Bagi mengurangkan isu beban tugas guru berkaitan pelaksanaan SKPMg2 di mana guru perlu membuat semakan berkala terhadap tugas mereka dan menyediakan dokumen atau eviden berkaitan tugas tersebut, Jemaah Nazir telah memperkenalkan beberapa tindakan untuk menangani isu ini;

I. Pelaksanaan Audit SKPMg2 oleh pihak Jemaah Nazir telah diberhentikan dan sekolah hanya perlu melaksana audit kendiri bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan masing-masing.

II. Fasa semakan dan penilaian kendiri dibuka dua kali setahun iaitu pada bulan Januari hingga Mac (Fasa 1) dan Ogos hingga November (Fasa 2) berbanding tiga (3) kali  sebelum ini. Sistem Online sentiasa dibuka untuk dikemaskini dan pemantauan oleh PGB.

2. Bagi isu pengawasan peperiksaan pada waktu cuti sekolah, bermula tahun 2019, pengawasan peperiksaan SPM dilaksanakan secara dua fasa iaitu pada bulan Oktober dan November iaitu semasa waktu persekolahan.

3. Bagi analisis Peperiksaan Awam, Lembaga Peperiksaan juga telah mengambil inisiatif dengan menyediakan analisis peperiksaan awam yang dijana secara automatik untuk memudahkan sekolah mendapatkan maklumat tentang prestasi mata pelajaran dan sekolah.

4. Bagi mengatasi isu beban tugas berkaitan guru mengisi pelbagai maklumat kesihatan murid iaitu mata, berat dan tinggi murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) telah membina sistem Rekod Kesihatan Murid secara dalam talian (eRKM). Dalam sistem ini, guru tidak lagi mengisi data profil murid dan waris kerana data tersebut dapat diperoleh daripada Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

5. Bagi isu kesukaran pelaksanaan Ujian Aptitud Tahun 3 di sekolah yang tiada guru Bimbingan dan Kaunseling, pentaksiran tersebut telah dimansuhkan melalui Surat Siaran KPM Bil. 14 Tahun 2018, selaras dengan pemansuhan pentaksiran murid Tahap 1.

6. Bagi memenuhi keperluan penggantian guru yang bercuti, cuti bersalin dan cuti sakit melebihi 28 hari, sebanyak RM35.2 juta peruntukan guru ganti telah disalurkan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri agar sekolah boleh menggunakan khidmat guru ganti. Dari semasa ke semasa Kementerian akan terus memohon peruntukan yang mencukupi untuk tujuan tersebut.

7. Bagi inisiatif jangka panjang pula yang selewat-lewatnya akan dilaksanakan hujung tahun ini, beberapa inisiatif telah dirangka termasuklah mengatasi masalah guru terpaksa keluar atas beberapa faktor sehingga menyebabkan mereka sukar memberikan penumpuan dalam bilik darjah.

Artikel menarik:

Cikgu cantik ini guna kaedah 'digital classroom' tarik perhatian pelajar

'Meninggal ketika laung azan kedua untuk solat Jumaat' - Cikgu ini sebak kenang Amirul Najmi

'Peningkan nak cuti raya' - Ini jadual pekeliling daripada KPM

'Tak sangka cikgu masih tunggu aku... ALLAH' - 'Ustaz Hamadi' sebak jumpa guru Muziknya di sekolah

Jom belajar Theorem Pythagoras