JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal mahu semua pihak terutama pengurusan sekolah dan ibu bapa peka terhadap aspek kebersihan.

Peringatan tersebut diberikan susulan pencemaran najis burung merpati yang berkemungkinan antara faktor menyebabkan insiden gangguan kesihatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort.

Menurutnya, sejak hari pertama dilantik sebagai Exco Kerajaan Johor, beliau sentiasa menekankan keutamaan berhubung aspek kebersihan dan kesihatan.

“Sekurang-kurangnya adakan gotong-royong. Mungkin kalau ibu bapa tidak mampu gotong-royong, panggil pihak PBT (pihak berkuasa tempatan).

“Panggil pihak Jabatan Pendidikan untuk kita bersamabergotong-royong menjaga kebersihan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar serta Pelancaran Penjenamaan Segmen Yok Ngeteh di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tinjauan Exco Kerajaan Johor di SK Tanjung Puteri Resort yang mendapati antara faktor sampingan menyebabkan insiden gangguan kesihatan adalah pencemaran najis burung merpati.

Baca:

'Sukatan subjek Sejarah Tingkatan Empat dan Lima ditambah baik' - Dr. Maszlee

Guru SK Puchong Utama 2 sanggup guna duit sendiri untuk jayakan pementasan Raja Lumu

Markah Matematik masih E, apa perlu buat? Ini pesanan Cikgu Mohamad Hakim

Bauzar khas pelajar, guru dan pentadbiran sekolah... muat turun di sini

Empat murid berdepan detik cemas van sekolah terbabas dalam kemalangan