DUNGUN - Bagi membuka minda pelajar di kawasan Felda mengenai peluang kerjaya lulusan bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) menjelajah ke-15 buah sekolah di seluruh Malaysia termasuk di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Rasau, Ketengah Jaya, di sini.

Pengerusi Belia Mahir dan (TVET) MBFM, Mustafa Kamal berkata, pelbagai pendedahan diberikan kepada pelajar di kawasan Felda menerusi program Jelajah Future 2019: Felda Youth Education and Training Roadshow.

“Program ini dijalankan sebagai inisiatif intervensi sosial dan intervensi kerjaya kepada pelajar sekolah.

“Menerusi pelaksanaan program berbentuk taklimat pendidikan tinggi dan latihan kemahiran ini, ia dapat membantu pihak sekolah khususnya guru bimbingan kaunseling dan kerjaya dalam pelaksanaan intervensi kerjaya.

“Selain itu, ia dapat mengilhamkan harapan dan mencipta ketrampilan kepada pelajar dengan menawarkan jalan keluar kepada permasalahan melalui TVET,” katanya.

Seramai 300 pelajar SMK Seri Rasau mengikuti program dengan kerjasama Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB). Program itu dirasmikan Pengurus Felda Kerteh 2, Amin Naim Mahussin dan turut dihadiri Pengetua SMK Seri Rasau, Ahmad Sholahuddin Omar dan Presiden PKPB, Rizan Hassan.

Artikel menarik:

Tulisan Dr. Maszlee mengenai guru dan Hari Guru ini amat menyentuh hati

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

Daki gunung untuk hantar laporan, tindakan sekumpulan guru ini wajar dipuji

'Saya rindu nak dengar suara ibu' - Cikgu Mazni sebak, ibu terlantas selepas terbabit kemalangan

Tulisan Dr Isahak mengenai sistem pendidikan negara dan UEC - Satu pandangan yang membuka mata