MERLIMAU - Politeknik Merlimau (PMM) berjaya memperbaiki kedudukan dalam UI GreenMetric World University Ranking 2020 apabila menduduki tangga ke-254 daripada 912 penyertaan seluruh dunia sebagai kampus paling lestari dan hijau di dunia.

Pengarah, Mohd Hatta Zainal berkata, pencapaian tersebut telah meletakkan PMM selaku institusi pendidikan yang ke-12 terbaik di Malaysia seperti yang dikeluarkan oleh pihak UI GreenMetric.

“Lebih membanggakan apabila PMM turut berada di hadapan berbanding universiti tempatan yang lain seperti UMT, UNIMAP, UKM, UCAM dan beberapa IPT lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Hatta turut berkata, pencapaian ini jauh lebih baik berbanding 2019 kerana telah naik daripada kedudukan 275 kepada 254.

“Saya ingin memberi penghargaan kepada seluruh warga PMM terutamanya Jawatankuasa Hijau PMM yang sekian lama amat komited dalam memastikan PMM yang terbaik di Malaysia dalam aspek kelestarian hijau dalam kalangan politeknik dan seterusnya dapat memintas beberapa universiti awam dalam hal ini,” ujarnya.

Untuk rekod, UI GreenMetric World University dimiliki oleh Universitas Indonesia yang merupakan sistem penilaian ranking berdasarkan kelestarian kampus tertua di dunia iaitu dilaksanakan sejak 2010.

Terdahulu, PMM merupakan politeknik ke 14 yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ia terletak di daerah Jasin iaitu 2 km dari pecan Merlimau, 24km dari Bandar Melaka dan 19 km dari bandar Jasin.

Politeknik ini mula beroperasi pada 17 November 2002 dan telah mula mengambil pelajar perintis pada sesi kedua 2002 iaitu 23 Disember 2002.

Ia mempunyai kapasiri maksimum seramai 5060 pelajar dan kini, PMM telah beroperasi sepenuhnya dan menjadi salah satu nukleus yang penting kepada Merlimau.
 

Artikel menarik

Cikgu Samsuri guna cara sendiri habiskan sukatan pelajaran, tak sangka ini yang berlaku...

Tarikh peperiksaan SPM semakin hampir, Cikgu Surihani berkongsi 8 tip bermanfaat untuk panduan calon