MELAKA - Kolej Profesional MARA Bandar Melaka (PMBM) julung kalinya telah diberikan kepercayaan bagi menganjurkan Mahrajan Kesenian Islam antara Institusi Pendidikan MARA (IPMa) 2021, baru-baru ini.
Program yang diadakan secara atas talian itu bermula pada 14 Mac sehingga 2 April 2021 melibatkan kerjasama daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Buruj Watches Sdn Bhd.
Terdapat dua kategori dipertandingkan iaitu kategori KPMBM dan kategori terbuka IPMA.
Bagi kategori KPMBM, sebanyak tiga pertandingan telah diadakan iaitu Pertandingan Kesenian Islam Tulisan Khat, Pertandingan Melukis Komik Dakwah Pendek dan Pertandingan Azan.
Bagi kategori terbuka IPMA pula, terdapat empat pertandingan yang diadakan iaitu Pertandingan Nasyid, Pertandingan Tazkirah Pendek, Pertandingan Tiktok Islamik dan Pertandingan Khutbah Jumaat.
Sebahagian daripada peserta yang menyertai Mahrajan Kesenian Islam antara IPMa 2021, baru-baru ini.
Menurut Pengarah KPMBM, Mini Zanita Zakaria, pelbagai objektif telah digariskan bagi menjayakan program berkenaan antaranya untuk melahirkan generasi mukmin profesional berteraskan al-Quran dan menjana intelektual Muslim yang bakal memimpin negara pada masa hadapan selaras dengan tuntutan al-Quran.
"Selain itu juga, program ini diharap dapat membentuk muslim yang sentiasa bersedia dengan persiapan rohani dan jasmani bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia serta menghayati isi-isi pengajaran al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.
"Pihak kolej juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama berganding bahu bagi menjayakan program Mahrajan Kesenian Islam IPMa pada tahun ini," katanya.
Ujar beliau lagi, pihaknya mengharapkan agar segala objektif yang digariskan dapat dicapai serta program itu dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang dan dijadikan sebagai acara tahunan.
"Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai pengiring dan peserta yang telah berjaya," katanya.
Majlis penutup program berkenaan disempurnakan oleh Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Nasrudin bin Hassan dan satu ceramah bertajuk Ramadan Yang Dirindui turut disampaikan oleh Ikon Dakwah YADIM, Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre.
KPMBM dipilih sebagai tuan rumah bagi menganjurkan Mahrajan Kesenian Islam antara IPMa 2021.
Senarai pemenang
Kategori Terbuka IPMa
Nasyid
Juara: Hanif Fikri Ahmad Husaini Fikri (Kolej MARA Kuala Nerang)
Tazkirah
Juara: Nur Aqilah Mohd Kamal (Kolej Profesional MARA Beranang)
Tiktok
Juara: Naim Zuhair Abdul Gaffar (Kolej Profesional MARA Ayer Molek)
Khutbah
Juara: Akhyar Saudi (Kolej MARA Kuala Nerang)
Kategori KPMBM
Komik
Juara : Arissa Safiyyah Zulkifli
Khat
Juara: Muhammad Aqil Shamsudin
Azan
Juara: Huzaifi Mansor
Artikel menarik
KPM akan tutup sekolah jika kecekapan operasi terjejas – Menteri Kanan Pendidikan