KALI ini Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun, Kedah, bersama pelajarnya membuat uji kaji hasil rekacipta pemadam kebakaran yang dihasilkan pelajar.

Beliau yang merupakan guru Sains di sekolah itu meminta pelajarnya menghasilkan satu alat pemadam api yang berkesan di samping menguji hasil pembelajaran mereka.

Antara syarat yang ditetapkan, pelajar hanya boleh menggunakan satu alat pemadam kebakaran yang mudah diperolehi di sekitar mereka.

Enam produk pemadam kebakaran berlainan bahan dihasilkan pelajar.

Kreatif nya pelajar SMK Jerlun, bahan yang mereka gunakan adalah, tepung, bedak, pasir, minuman coca cola, air dan lain-lain.

Menurut Cikgu Hailmi, selepas sahaja selesai cipta produk, pelajar diminta membentangkan secara lanjut bahan yang digunakan sebelum menguji produk yang direkacipta.

Pelajar membentangkan hasil produk masing-masing.

Menguji keberkesanan pemadam kebakaran yang direkacipta.

Perkara seronok apabila selepas uji produk, ada pelajar berkata, "Oh cikgu.. Kalau guna Bahan X nih, lagi cepat pulak dia terbakar.. Kena cuba bahan lain pula lepas ini..."

Namun, Cikgu Hailmi berkata, bahan campuran pasir tepung adalah lebih berkesan untuk memadam api.

"Campuran pasir tepung lebih berkesan , kerana sekiranya tepung sahaja ianya tidak seberapa berkesan kerana ringan, terbang dan mudah terbakar", katanya.

Alhamdulillah, sel-sel otak mereka berhubung, rasa inkuiri pun bertambah-tambah. Semoga mereka menjadi dalam kalangan orang-orang yang berfikir. Amin!

Kredit Facebook: Norhailmi Abdul Mutalib

Tip Menarik:

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020

Teknik Cabang bantu murid lemah, sederhana dan cemerlang bina karangan panjang, seragam

'Jadi ulat buku, buat nota kecil' - Tip Cikgu Ahmad Safarman untuk calon skor A UPSR