MACHANG - Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Machang melakar sejarah tersendiri apabila layak ke peringkat akhir pada Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah Kelantan (MSSK) di Kota Bharu baru-baru ini.

Sekalipun tewas dengan sepakan penalti 3-5 kepada pasukan lawan, MSSD Kota Bharu Utara namun kejayaan tersebut cukup manis untuk dikenang dan bakal menjadi penyuntik semangat untuk terus berusaha gigih memburu kejayaan pada masa akan datang.

Jurulatihnya, Asmawi Salleh berkata, kejohanan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 2 pada 2 hingga 4 Mei tersebut cukup bermakna buat pasukan MSSD Machang.

Katanya, perlawanan akhir tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 sebelum MSSD Machang tewas pada sepakan penentuan.

“Tahniah kepada semua pemain-pemain dan pelbagai pihak yang terlibat membantu kejayaan ini.

“Semangat kesukanan tinggi yang ditunjukkan pemain cukup membanggakan dan kami berharap akan tampil dengan aksi lebih garang pada kejohanan akan datang,” katanya.

Artikel menarik:

Ucapan raya 2019 SK Kampong Bahagia

Mohon EGtukar tapi tak pernah lulus - Akhirnya guru ini buat 'sesuatu' dan keputusannya mengejutkan

'Tak ada guru luar masuk... Johor kini kurang guru bagi lima subjek' - Ini kenyataan Exco Pendidikan

Pembuka kata raya SK Taman Kosas, Ampang buat ramai terhibur

Guru Adiwira ini kongsi lapan tip, tarik minat belajar anak Orang Asli