Pada era digital ini, kebanyakan sesi temu duga, mesyuarat, perniagaan dan pelbagai aktiviti lain banyak dilaksanakan secara dalam talian.

Malah, sesi pengajaran dalam pembelajaran (PdPR) pelajar juga kini turut dijalankan secara maya.

Tidak dinafikan terdapat tugasan dalam bentuk video yang perlu dilaksanakan.

Ikuti perkongsian Graduan, Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nur Khadijah Nabilah Onn, 24, mengenai kaedah membuat video menggunakan Power Point.

 

Terdapat pelbagai perisian (software), berbayar atau percuma yang boleh dimuat turut untuk kita belajar cara-cara menghasilkan video.

Tetapi perisian yang paling senang dan mudah telah pun tersedia di dalam komputer masing-masing. Hanya perlu memuat turun perisian Microsoft Powerpoint.

Cara untuk mengubah ‘slides’ ke video juga mudah. Hanya memerlukan dua cara sahaja!

 

1) Buat slides yang mengandungi maklumat yang ingin disampaikan.

2) Pergi ke file > save as > dan tukar format Powerpoint (pptx) ke format video (Contoh: mp4, mov & etc) ataupun file > export > Create a video.

 

3) Tunggu Powerpoint tukarkan slides anda kepada video. Boleh rujuk di bawah slides yang tertera *Creating video* untuk melihat masa.

Dan video anda sudah siap! Mudah kan?

 

Ada beberapa cara yang boleh buat video anda lagi menarik.

1) Tambah gambar, video atau GIF

Anda hanya perlu ke insert tab untuk meletakkan gambar, video atau GIF ke dalam slides. Menggunakan cara ini video anda akan lebih menarik ataupun penuh dengan perkataan sahaja.

2) Tambah animations

Anda perlu pergi ke animations tab dan pilih animations yang anda suka! Animations menambahkan pergerakan ke dalam video anda dan membuat video anda lagi seronok untuk ditontoni.

3) Tambah muzik latar

Muzik latar akan menceriakan lagi video anda. Tetapi muzik latar yang dipilih mestilah tidak terlalu rancak atau kuat sehingga membuat suara di dalam video anda tenggelam.

 

 

Layari saluran Youtube ini untuk ketahui cara hasilkan video menggunakan powerpoint: https://youtube.com/c/Khad97

Semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu semua dalam menghasilkan video yang cantik, kreatif dan menarik.