Kebanyakkan murid mengalami kesukaran apabila mempelajari topik pecahan di dalam kelas. Pecahan dianggap suatu yang abstrak dan sukar untuk digambarkan oleh murid-murid yang lemah.

Guru Edufluencer, juga Guru Cemerlang Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Cikgu  Saifulnizan Che Ismail dari Sekolah Kebangsaaan (SK) Raja Bahar, Kota Bharu, Kelantan, tunjukkan langkah mudah agar murid dapat fahaminya dengan baik.

Mempelajari pecahan terutamanya apabila melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi secara pengiraan semata-mata, sememangnya agak sukar untuk menerangkan konsep pecahan tersebut sebenarnya.

Untuk memudahkan murid memahami konsep sebenar tentang pecahan, guru-guru boleh menggunakan kertas, pensel, gam dan gunting di dalam kelas.

 Aktiviti secara hands-on ini dapat menggalakkan penglibatan aktif murid dan berfikir ketika belajar.

Jom buat aktiviti tolak pecahan bersama-sama anak-anak di rumah.

1.    Timbulkan persoalan adakah 3/4 - ½ = 2/2? Betul atau tidak?

2.    Aktiviti pembuktian dan inkuiri penemuan dengan menggunakan kertas, pensel, gam dan gunting.

3.    Ambil dua keping kertas yang sama bentuk dan saiznya.

              

4.    3/4, minta murid bahagikan sekeping kertas itu kepada empat bahagian yang sama besar dan lorekkan tiga bahagian menggunakan pensel.

              

5.    ½, minta murid bahagikan sekeping kertas lagi kepada dua bahagian yang sama besar dan lorekkan satu bahagian menggunakan pensel.

              

6.    Tindankan kedua-dua kertas itu tadi untuk menjadikan bahagiannya sama banyak iaitu empat bahagian.

7.    Potong dan asingkan bahagian pecahan ½ yang hendak ditolak.

               

8.    Terbalikkan kertas pecahan ½ dan kemudian tampalkan pada pecahan ¾ menggunakan gam.

               

9.    Minta murid menyebut pecahan pada kertas yang terhasil. Ini bermaksud pernyataan 3/4 - ½ = 2/2 adalah tidak benar. Jawapan yang tepat ialah 3/4 - ½ = 1/4

10.    Ulang langkah satu hingga sembilan dengan menggunakan ayat Matematik penolakan pecahan yang lain.