Video tidak lagi terhad untuk tujuan pemasaran dan sebagainya, sebaliknya ia juga sesuai digunakan untuk tujuan pembelajaran.

Susah ke nak cipta video sendiri? Tak sukarpun…

Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib, akan berikan penerangan ringkas, bagaimana untuk menghasilkan video yang ringkas dan menarik.

Selepas ini cikgu-cikgu boleh hasilkan sendiri video PdPc untuk pembelajaran.

Ini nasihat cikgu Hailmi

1.Untuk guru yang tiada asas penghasilan video, mulakan dengan merakam video dengan menggunakan teknik yang betul.

2.Pilih orientasi secara landskap berbanding potret supaya memudahkan lagi proses suntingan dijalankan kelak.

3.Kembangkan kreativiti penghasilan video dengan menggunakan teknik gerakan kamera yang betul.

4.Patuhi peraturan asas dalam penghasilan video yang menarik seperti 8 saat untuk memudahkan urusan suntingan dan teknik komposisi gambar yang betul untuk seni video yang lebih baik

Boleh ke buat video slide show?

“Boleh, hanya perlu pilih efek, gambar, teks yang sesuai dan gabungkan sehingga menjadi video yang menarik,”Cikgu Hailmi

Jom dengar, apa kata Cikgu Hailmi

Video kiriman Cikgu Hailmi

Artikel lain:

Cikgu ini sebak terima sebatang lidi sate pemberian anak murid, rupa-rupanya...

Cikgu Hailmi kongsi cara bedah jantung lembu di makmal sains sekolah - Teruja nak tengok kaedahnya

Antara teknik pembelajaran abad-21, perkongsian guru cemerlang

Idea Sains, cikgu ini kongsi cara hasilkan 'Bubble Giant'