BARU-baru ini, seorang guru Sains, Cikgu Wan Hazim telah membuat satu perkongsian yang sangat bermakna di Facebook miliknya. Ianya sangat sesuai dijadikan panduan buat semua guru dan ibu bapa.

Cikgu Wan Hazim berkata, info yang dikongsi itu berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 6 2019. Mari kita hadam perkongsian beliau.

+++

Pemansuhan aliran Sains Tulen. Mulai tahun 2020, pakej mata pelajaran (MP) baharu bagi Tingkatan Empat dan Lima telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Pakej ini disusun berdasarkan keperluan murid untuk meneruskan pengajian ke peringkat lepasan menengah seperti universiti, matrikulasi, Tingkatan Enam, kolej komuniti, politeknik dan setaraf dengannya.

Walaupun disusun berdasarkan minat dan kebolehan murid, ia masih bergantung kepada kemudahan dan tenaga pengajar di sekolah.

Dari segi pelaksanaan, murid masih perlu mengikuti 3 kumpulan MP iaitu MP teras, MP wajib dan MP elektif.

MP teras ialah BM, BI, Sejarah, Matematik, Sains dan PI/PM. Manakala MP wajib ialah PJPK. Bagaimanapun terdapat juga pengecualian bagi subjek teras (rujuk gambar).

Bagi MP elektif pula menawarkan 2 pakej utama iaitu pakej Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) dan pakej Sastera & Kemanusiaan.

Pakej STEM terdiri daripada 3 kriteria:

  1. Mengambil semua MP Sains Tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan,
  2. Mengambil mana-mana 2 MP Sains Tulen dan Matematik Tambahan dan sekurang-kurangnya 1 MP elektif STEM Sains Gunaan dan teknologi ATAU MP bukan daripada elektif STEM; atau
  3. Mengambil mana-mana 2 MP elektif STEM Sains Gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana 1 MP Vokasional (MPV).

Pakej Sastera dan Kemanusiaan

Gabungan MP yang terdiri daripada kumpulan elektif Bahasa, Pengajian Islam serta Kemanusiaan dan Sastera Ikhtisas.

Rujukan: Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 6 2019

Terima kasih cikgu atas perkongsian ini. Semoga bermanfaat buat semua.

Sumber : Cikgu Wan Hazim

RUJUKAN PEKELILING - BOLEH KLIK DI SINI

Artikel Menarik:

'Perlu jaga imej' - Guru ini kongsi empat elemen imej yang perlu ada pada pendidik

'Tidak layak ke sekolah berasrama penuh, bukan gelap masa depan' - Penulis ini kongsi pengalaman

Anak dapat tawaran SBP...kepuasan mak ayah atau kehendak anak?