Kantin sekolah di seluruh negara masih beroperasi sepenuhnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Walaupun murid digalakkan membawa bekal sendiri ke sekolah, namun ada juga ibu bapa yang lebih selesa memesan makanan untuk anak mereka di sekolah.

Apatah lagi jika makanan yang dipesan itu disediakan dalam bekas makanan yang cantik dan istimewa. Tengok pun terus rasa selera nak makankan…

Ada pelbagai pendekatan diambil oleh kantin sekolah bagi memastikan set makanan mereka nampak menarik dan cantik.

Antaranya, usaha yang dibuat oleh pengusaha kantin sekolah SK Bandar Sg Buaya Rawang ini.

Set makanan atau REHAT BOX khas untuk semua murid di SK Bandar Sg Buaya. Ibu bapa akan buat bayaran bulanan, dengan harga yang sangat minima.

Selebihnya, Rehat Box akan dihantar terus ke kelas-kelas dengan layanan ala VIP.

Menu yang dihidangkan juga berbeza setiap hari. Makanan paling murid suka adalah nasi berlaukkan ayam.

Selepas selesai makan, bekas makanan sama yang sudah siap bertanda nama itu akan diambil dan dibasuh oleh pengusaha kantin, untuk digunakan pada keesokan harinya.

Seronokkan macam ni… murid pun suka makan di sekolah.

Tahniah SK Bandar Sg Buaya, pentadbir, guru-guru dan pengusaha kantin yang sentiasa kreatif!