KUALA TERENGGANU - Seramai 28 murid pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tong, Setiu terlibat dalam aktiviti penanaman tiga jenis durian hibrid musang king (D197), udang merah (D175) dan MDUR88. 

Guru Pendidikan Khas, Muhd Azrul Khusairi berkata, pendedahan terhadap aktiviti tanaman di bawah subjek Pendidikan Khas Kemahiran Hidup (Pertanian)  itu sebagai persediaan kepada pelajar untuk mengetahui dan melihat secara dekat kelebihan tanaman durian klon.

“Buat waktu ini terdapat 20 polibeg yang berjaya diklonkan  dengan lima daripadanya  dilakukan sepenuhnya oleh pelajar. Pelajar boleh bawa pulang hasil tanaman

durian klon itu selepas ia mencecah usia lima bulan.

“Kelebihan bagi tanaman  klon ini ia boleh berbuah dalam tempoh yang  tidak lama iaitu lima hingga enam tahun,” katanya di sini semalam.

Artikel Menarik:

'Tak jadi marah bila tengok tulisan murid tahun enam' - Cikgu Norashikin dedah siapa pemiliknya

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan

'Macam-macam jumpa, kadang-kadang dah anggap seperti perkara biasa' - Guru luah apa yang dilalui

Tak berganjak walau seminit...kesetiaan murid UPSR temani rakan berkerusi roda buat netizen sebak