KUALA BESUT - Murid Tahun Dua SK Kuala Besut 2, Muhammad Saiful Aiman Mohammad, yang dilaporkan hilang dua hari lepas ditemui selamat di sekitar sempadan Thailand.

Perkara itu dimaklumkan kepada Bernama oleh ibunya, Siti Ruziana Sidek, 35, ketika ditemui di rumahnya sebentar tadi.

Artikel berkaitan: 'Entah di mana Eman, kami risau' - Ibu murid SK Kuala Besut 2 buntu, anak hilang sejak Isnin

Siti Ruziana berkata, penemuan anak ketiganya  daripada empat adik beradik dimaklumkan kepadanya oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman serta beberapa kenalan.

Katanya, seorang guru dari sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut 2, bersama anggota polis akan membawanya ke Pengkalan Kubur iaitu kawasan sempadan antara Kelantan dan Thailand pagi ini.

"Muhammad Saiful Aiman akan dibawa balik nanti dan saya dimaklumkan dia ditemui oleh beberapa orang kenalan dari Kuala Besut," katanya yang sempat melahirkan rasa syukur kerana anaknya juga berada dalam keadaan sihat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi mengesahkan penemuan kanak-kanak itu namun tiada maklumat lanjut setakat ini. - Bernama

Baca:

'Tariklah saya ke syurga' - Pesan Cikgu Khairul dalam video tular peluk pelajar Pendidikan Khas

'Saya nak jaga mak, ayah...' - Ini alasan Cikgu Khairul terpaksa tinggalkan pelajar istimewa

Ibu nak anak cepat pandai, mungkin 6 teknik orang Jepun didik anak ini boleh bantu

SK Bakong raih keuntungan RM15,000 setahun - Tukar kantin sekolah jadi bangsal cendawan

22 ulasan yang boleh diguna pakai guru untuk slip peperiksaan