Catatan bertarikh 11 September 2019 (Ahad)

Kesungguhan seorang guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bakap, Pulau Pinang dalam memastikan calon UPSR hadir peperiksaan baru-baru ini, mendapat pujian netizen.

Ini kerana, guru yang dikenali sebagai Siti Nadira Zainal itu sanggup ke rumah murid berkenaan semata-mata mahu murid Tahun Enam itu datang ke sekolah dan duduki peperiksaan bagi subjek Sains, baru-baru ini.

Ketika berada berhampiran dengan rumah murid tersebut, kereta Cikgu Siti Nadira pula berdepan masalah di mana keretanya terjatuh dalam lopak dek tanah lembut dan berair akibat hujan.

“Kalut juga masa itu. Dengan nak mencari murid lagi dan kereta saya pula terjatuh di dalam lopak.

“Walau bagaimanapun, fokus saya adalah mencari murid tersebut. Dan, alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan murid tersebut sudah pun menduduki peperiksaan Sains ketika itu,” katanya kepada GPS Bestari.

Cikgu Siti Nadira berkata, kereta miliknya dapat diselamatkan menerusi bantuan ramai pihak.

“Guru Besar, Mohamed Rodhzi Mohd Noh, suami, sebahagian guru-guru lelaki dan ramai lagi, tampil hulurkan bantuan.

“Terima kasih banyak-banyak,” katanya.

**********

Menerusi posting oleh ‎Nurul Afiqah Mohd Zain‎ berkenaan Cikgu Siti Nadira, majoriti warganet memuji usaha dilakukan oleh guru tersebut yang sanggup ke rumah murid, demi pastikan murid Tahun Enam dapat menduduki peperiksaan UPSR pada waktu itu.

“Jasamu tetap dihargai. Bertabahlah”

“Semoga dipermudahkan. Besarnya jasa my cikgu”

“Terbaik cikgu...moga dipermudahkan semuanya”

“Manntopppp”

“TAHNIAH Tuan GB dan seluruh warga sekolah yang prihatin...”

“Itulah pengorbanan seorang yang bergelar guru...”

http://172.20.3.104:8080/polopoly/polopoly_fs/1.929560.1568356501!/image/image.png

Artikel Menarik:

Tak tahan tengok pelajar tak mampu beli makanan di kantin...cikgu ini sanggup sedia makanan percuma

"Balik oi balik...."- Aksi Che Tam hambat kerbau, curi perhatian

Sedapnya suara, syair Cikgu Azizah raih lebih 400 ribu tontonan

Ramai meremang dengar suara merdu dua cikgu cantik dari Kuala Pilah ini

'Cantiknya' - Enam pelajar ini terkejut dapat pujian daripada Raja Permaisuri Agong