SHAH ALAM - Pakar Neurologi Universiti Putra Malaysia, Profesor Hamidon Basri enggan mengulas mengenai kes calon UPSR SK Taman Bukit Dahlia, Irfan Wafiy Idham Wazir yang disahkan menghidap myokimia selepas terdedah pencemaran toksik dari Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, pada Mac lalu kerana tidak membuat pemeriksaan ke atas murid tersebut.

Bagaimanapun kata beliau, myokimia boleh berlaku akibat tekanan daripada penyakit lain.

"Myokimia bukan penyakit berbahaya dan lebih kepada gejala atau simptom yang melibatkan pergerakan atau pengecutan otot yang tidak boleh dikawal," katanya.

Artikel berkaitan: 'Betis saya sakit seperti kena cucuk' - Calon UPSR mangsa pencemaran SG Kim Kim kini derita Myokimia

Menurut beliau, myokimia tidak mempunyai gejala spesifik tetapi boleh berlaku apabila wujud tekanan sama ada ke atas fizikal atau emosi seseorang individu.

Katanya, apabila wujud tekanan ia cenderung menyebabkan pengecutan otot di bahagian otot kecil seperti mata, muka, tangan atau kaki.

“Kebiasaannya myokimia dikesan pada otot mata yang bergerak sendiri atau berkedip pada kadar frekuensi yang agak tinggi dan laju,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Katanya, contoh tekanan fizikal lain yang boleh membawa kepada myokimia seperti kekurangan air dalam badan, terlalu penat dan tidak cukup tidur.

“Ia pulih apabila punca tekanan itu hilang. Kebiasaannya pesakit akan dinasihatkan untuk minum air lebih banyak, rehat atau tidur secukupnya.

"Penyakit itu juga tiada kaitan secara langsung dengan bahan kimia," katanya.

Baca:

Amalkan tiga surah resipi lulus cemerlang peperiksaan

Ibu nak anak cepat pandai, mungki n enam teknik orang Jepun didik anak ini boleh bantu

Guru, pelajar MRSM Kuala Kubu Bhari kini dalam keadaan stabil

Rupa-rupanya inilah teknik catat nota paling berkesan

'Saya nak jaga mak, ayah...' - Ini alasan Cikgu Khairul terpaksa tinggalkan pelajar istimewa