KESETIAAN dan sayangnya Allahyarham Mejar Zahir Armaya kepada guru-guru, pelajar dan juga sekolahnya, dipamerkan menerusi video yang dirakam oleh arwah sendiri ketika membuat penerjunan payung terjun.

Laungan ‘Semenkeb' adalah singkatan nama bagi SMK Gombak Setia, tempat Allahyarham Zahir menuntut ilmu dari tingkatan satu sehingga Enam. Sifat murni yang ada dalam dirinya itu membuatkan, arwah sentiasa dirindui dan disayang oleh semua guru dan bekas guru SMK Gombak Setia.

Video kiriman : Mantan Pengetua SMK Gombak Setia, Cikgu Norlilah Ismail

Artikel berkaitan:

"Berehatlah muridku..."- Catatan hati guru arwah Mejar Zahir ini buat ramai sebak