SEREMBAN - Hanidiah Fernando, 35, sepatutnya perlu segera menghantar anaknya, Syamira, 10, segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan setiap
kali fizikal membengkak, Namun, disebabkan masalah pengangkutan, kewangan, anak masih kecil dan suaminya yang bekerja, dia terpaksa menangguhkan
nasihat doktor itu.

Akibatnya, fizikal anaknya yang menghidap penyakit buah pinggang sejak enam  tahun lalu itu membengkak teruk sehingga matanya mengecil.

Kisah penderitaan Syamira ini menarik  perhatian netizen selepas dimuat naik di Facebook oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun, keadaan kesihatan kanak-kanak itu beransur pulih selepas  mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Hanidiah berkata, sejak dari kecil lagi hospital sudah seperti rumah kedua Syamira kerana memenuhi tuntutan rawatannya.

“Dia tak perlu buat dialisis tapi jika tersilap makan atau lupa mengambil ubat fizikalnya akan mula membengkak.

“Doktor sudah beritahu jika fizikalnya bengkak saja, terus bawa ke hospital. Tapi,  saya hadapi masalah kerana suami perlu bekerja, dengan kos pengangkutan selain tiga lagi anak masih kecil. 

“Suami ingatkan nak tunggu gaji masuk tapi tengok  keadaan Syamira melarat itu yang kami setuju masalah dihadapi dikongsi di laman sosial,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia tidak mengharapkan simpati  sesiapa cuma sekadar mendapatkan sokongan serta meminjam semangat orang lain dalam membantunya mengharungi ujian itu.

“Ada juga yang menyampaikan doa dan semua ini membuatkan hati  saya lebih tenang kerana saya bukan keseorangan.

“Malah, Syamira juga seronok bila ramai orang datang melawatnya,” katanya.

Kini, Hanidiah bersyukur kerana ada beberapa NGO yang datang membantu  dan membuka jalan kepadanya untuk buat dapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sekaligus meringankan beban suaminya yang bekerja sebagai pemandu bas.

Sementara itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah Syamira iaitu Sekolah Taman Semarak Nilai telah membantu menyediakan kemudahan Pengangkutan untuk menghantar Hanidiah berulang alik ke hospital buat sementara waktu.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang perihatin,” katanya.