REMBAU - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Negeri Sembilan semalam menyampaikan Faedah Orang Tanggungan iaitu pencen bulanan kepada enam beradik yang kematian ibu mereka selepas terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, pada 25 April lepas.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri J. Arul Kumar kepada ibu saudara mereka Nor Azila Sahran.

Turut hadir Pengarah Perkeso negeri M. Nallusamy.

Selain itu, Perkeso turut memberikan faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000.

Sementara itu, Nallusamy berkata bayaran pencen yang dibayar oleh Perkeso ini akan berterusan sehingga anak-anak ini mencapai umur 21 tahun.

Enam beradik itu ialah Muhammad Aiman Syazwan Mohd Fouzi, 12, Nor Aina Syazwani, 10, Nor Aina Syazlina, 9, Nor Aina Syazlin, 7, Nor Aina Syazliana, 5, dan Muhammad Aiman Syazrizal, 2 tahun.

Pada 25 April lepas, ibu mereka Nor Amira Sahran, 33, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ladang Sungai Baru, Kampung Simen ketika pulang dari tempat kerja di Bank Simpanan Nasional Rembau.

Media turut melaporkan kisah sedih seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar dalam menjaga adik-adiknya yang masih kecil selepas pemergian ibunya. Bapa mereka masih dipenjara atas kesalahan kes dadah. - Bernama

Berita terdahulu: 'Apa yang saya reti masak saya masak untuk lima adik' - murid tahun enam terpaksa jadi ibu, ayah

 

Artikel menarik:

Cikgu cantik ini guna kaedah 'digital classroom' tarik perhatian pelajar

“Tak sangka cikgu masih tunggu aku… ALLAH”- 'Ustaz Hamadi' sebak jumpa guru Muziknya di sekolah

Memang wajar guru ini menang Adiwira PAK21, Cikgu Nazmi berjaya bawa segala ilmu dalam kelasnya